Kempen derma darah ILP dapat sambutan

MIRI: Kempen menderma darah anjuran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Tabung Darah Hospital Miri yang diadakan semalam mendapat sambutan mengalakkan daripada pelajar ILP.

Jurucakap penganjur memberitahu seramai 170 pelajar baharu di ILP mengambil bahagian dalam kempen terbabit bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pelajar datang berkumpul di Dewan ILP Miri seawal jam 8 pagi bagi pendaftaran dan pemeriksaan jenis darah sebelum mereka mula menderma.

Kempen yang diadakan itu bagi menampung kekurangan darah seterusnya memastikan bekalan darah berkenaan mencukupi menjelang cuti sekolah.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/05/kempen-derma-darah-ilp-dapat-sambutan/