Karnival Sarawakiana kembali lagi

MIRI: Karnival Sarawakiana anjuran Pustaka Negeri Sarawak kembali lagi bermula 20 Mei ini sebagai antara aktiviti utama sempena sambutan Hari Bandar Raya Miri.

Pelbagai aktiviti melibatkan penyertaan penduduk termasuk golongan kanak-kanak diadakan di tapak karnival, Pustaka Miri selama tiga hari.

Hari pertama diisi aktiviti sesi perkongsian ilmu ‘Behind the Making of Sarawakiana Series’, Kedayan: Makan Tahun, pameran ‘Memories of Los (Lodge)’ Miri, demonstrasi tarian tradisional etnik Sarawak dan pertandingan bermukun.

Aktiviti sebelah pagi hari kedua pada 21 Mei dimulakan dengan pertandingan nyanyian lagu tradisional kanak-kanak bermula jam 9 pagi.

Di samping itu, penduduk diajak menyaksikan perasmian Kempen Katakan Tidak Kepada Beg Plastik 3.0 Majlis Bandaraya Miri (MBM) jam 4 petang.

Aktiviti sebelah malamnya diserikan dengan perasmian karnival yang diadakan jam 7.30 malam.

Persembahan peserta final bermukun diadakan selepas perasmian yang pasti menghidupkan suasana majlis.

Program hari ketiga (22 Mei) diteruskan dengan pertandingan sukan rakyat, pertandingan memasak, gubahan masakan tradisional dan ‘movie marathon’ untuk kanak-kanak.

Penduduk juga boleh mengunjungi gerai diadakan sepanjang tiga hari karnival selain aktiviti Sesi Bersama Talian Komunikasi Anda.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/17/karnival-sarawakiana-kembali-lagi/