JPM belanja RM13.2j dari 1984-2016 untuk projek Pembangunan Tukun Tiruan Sarawak

SIMBOLIK: Zulkafli (tiga kiri) ketika melabuhkan replika tukun tiruan ke
dalam akuarium tanda majlis penutupan MyDOF di-saksikan Belayong (kiri sekali)
dan yang lain.

SIMBOLIK: Zulkafli (tiga kiri) ketika melabuhkan replika tukun tiruan ke dalam akuarium tanda majlis penutupan MyDOF di-saksikan Belayong (kiri sekali) dan yang lain.

MUKAH: Perbelanjaan Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) untuk projek Pembangunan Tukun Tiruan Sarawak mencecah RM13.2 juta daripada tahun 1984 hingga 2016.

Pengarah Perikanan Laut Sarawak Belayong Nyuak berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 200,102 unit tukun tiruan dilabuhkan di enam lokasi di seluruh perairan negeri termasuk Sematan, Santubong, Belawai, Mukah, Miri dan Lawas.

“Terdapat lapan jenis tukun yang dilabuhkan termasuklah tayar, vesel, bebola ‘Reef Ball,’ ‘Rig to Reef,’ kuboid, rekreasi, dasar lembut dan penghalang pukat tunda,” katanya pada Majlis Penutupan ‘MyDOF Media Tour 2016’ (Projek Pembangunan Tukun Tiruan Sarawak) di Dewan Masyarakat Oya semalam.

Daripada jumlah berkenaan, perairan Mukah pada 2016 telah menelan perbelanjaan RM500,000 d imana ia telah dilabuhkan di sepanjang perairan laut Oya.

Tukun berkenaan, katanya, berbentuk tukun dasar lembut yang menghalang pukat tunda sebanyak 32 unit.

Tukun tiruan, katanya, dapat meningkatkan sumber pendapatan ekonomi nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber perikanan pantai.

Selain pembangunan fizikal, pihaknya juga tidak melupakan Pembangunan Modal Insan melalui penubuhan Sukarelawan Perikanan (SUPER) sejak Oktober 2015 di tiga tempat seluruh Sarawak iaitu Sebuyau, Oya dan Lawas.

“SUPER bertujuan untuk melindungi sumber perikanan di perairan,” ujarnya lagi.

Antara fungsinya ialah memantau pencerobohan kawasan penangkapan ikan, membanteras penggunaan jala-jala yang menjejaskan ekosistem lautan termasuk pasukan mencari dan menyelamat (SARS).

Turut berucap Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Zulkafli Abdul Rashid.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/19/jpm-belanja-rm13-2j-dari-1984-2016-untuk-projek-pembangunan-tukun-tiruan-sarawak/