JPA tawar 1,290 biasiswa ke luar negara

Utusan Malaysia
28 February 2006

JPA tawar 1,290 biasiswa ke luar negara

PUTRAJAYA 27 Feb. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa bagi 1,290 tempat untuk program pengajian ijazah luar negara dan 5,000 tempat dalam negara pada tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam JPA, Hasniah Rashid berkata, bidang pengajian yang diberi keutamaan meliputi kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi dan perakaunan.

Beliau berkata, kriteria utama yang akan digunakan bagi pemilihan itu bukan hanya kepada kecemerlangan akademik tetapi juga penglibatan dalam kegiatan kokurikulum, prestasi semasa temuduga dan kedudukan sosio ekonomi keluarga.

``Iklan tawaran bagi program ijazah bagi program luar negara akan disiarkan menerusi portal http://www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar tempatan pada 5, 6, 12 dan 13 Mac depan.

``Bagi program dalam negara, selain menerusi portal http://www.jpa.gov.my, JPA akan menyiarkan iklan tawaran menerusi akhbar tempatan pada bulan Jun nanti,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Hasniah berkata, bagi program ijazah luar negara, pihak JPA menjangka pemilihan tahun ini lebih kompetitif memandangkan bilangan permohonan yang terus meningkat berbanding jumlah biasiswa yang ditawarkan.

Sehubungan itu, beliau menambah, JPA menasihatkan semua calon supaya membuat pemilihan secara bijak dari segi pemilihan bidang pengajian dan negara pilihan.

``Selain itu, kriteria pemilihan juga tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi juga kegiatan kokurikulum,’’ katanya.

Despite the unfair quota is still being practiced, one can’t do much about it but to appreciate the government’s heart-felt effort in helping the qualified and “qualified” individuals. :smiley: