Jangan salah guna logo polis

Miri: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempamerkan atau menggunakan pelekat logo polis sebagai tiket untuk mengelak saman atau denda kerana melanggar peraturan lalu lintas atau pengangkutan jalan. Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaludin Ibrahim, berkata orang ramai termasuk kakitangan polis tidak dibenar mempamerkan pelekat logo polis pada kenderaan mereka kerana ia melanggar peraturan polis, kecualilah jika ia adalah pas polis yang diberikan kepada kakitangan polis sahaja. Jika orang ramai didapati mempamerkan pelekat logo polis pada kenderaan mereka, mereka boleh disaman oleh kakitangan polis yang bertugas atas kesalahan menyalahgunakan logo, kata Jamaludin kepada Utusan Borneo semalam. Beliau mengulas tentang aduan-aduan yang dibuat oleh orang ramai bahawa pelekat logo polis telah dipamerkan oleh segelintir individu pada kenderaan awam yang tidak ada kaitan dengan jabatan polis. Jamaludin menyatakan, tidak ada keistimewaan bagi sesiapa yang menyalahgunakan pelekat logo polis untuk mengelak daripada disaman dan didenda oleh polis kerana melanggar peraturan lalu lintas. Beliau berkata, jika mana-mana individu didapati mempamerkan pelekat logo polis ini, mereka akan ditangkap dan disoal siasat untuk mengetahui bagaimana mereka memiliki pelekat ini. Laporan menyebut bahawa pelekat logo polis ini ditemui pada kereta individu tertentu dan kenderaan pacuan empat roda yang tidak ada kaitan dengan jabatan polis. Ketua polis itu berkata tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang, dan jika mereka didapati menyalahgunakan logo jabatan polis, mereka akan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut malah ditangkap kerana menyalahgunakan logo pasukan polis. Sebaliknya, kata Jamaludin, pas polis hanya diberikan kepada kakitangan polis sahaja. Beliau menegaskan, polis akan menyiasat bagaimana pihak atau individu tertentu dapat memiliki pelekat logo polis ini.

Source

Tak payah siasat … boleh buat kat rumah je … :lol: :lol: :lol:

I wonder if I could buy a white Waja, then paint the words 'Puhleezz" in blue with corresponding stripes, and with a roof rack carrying two semi-transparent blue luggage bags?

lol … “PUHLEEZ” is bahasa baku … I think you will not get saman … but the PUHLEEZ will start to wonder and they’ll try to figure out what it meant … lol :lol:

i think what they shud do is check/ audit / scan watever on their own force first… see who is displaying this on their family vehicles…

then baru move forward to the public… I see more police officer private car modified with tinted windows than any others in the public…

:evil: :evil: :evil: :evil: :evil:

:lol: Then I’ll have to go start up a new shop called ‘Puhleez’ selling blue semi-transparent luggage bags…

let me know … and I’ll be your 1st customer … with a Blue uniform with the “Puhleez” spelling … we just started a new forces … lol

if like that i put the word “pulleys” lah, let people know that i have adjustable cam pulley
on my ride! haha!

Dun forgot to install also the blinking light…

Puhleezz everywhere…oowwcchh…

install speaker as well…then when u meet trafic jam can shout out Puhleezz…siam ar~~ siam pi ar~~

[quote=“smallee”]i think what they shud do is check/ audit / scan watever on their own force first… see who is displaying this on their family vehicles…

then baru move forward to the public… I see more police officer private car modified with tinted windows than any others in the public…

:evil: :evil: :evil: :evil: :evil:[/quote]

agreed wit u big time… if u keep n eye open all those wit these kinds of sticker r d police themselves… dark tinted windows, loud exhaust etc… b4 bring d law 2 d public, enforce it in d department 1st…
say public use sticker 2 escape ‘saman’ but they themselves who should get ‘saman’ … mother crab teaching baby crab 2 walk right???