Jambatan Durin bebas tol

SIBU: Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tol terhadap pengguna Jambatan Batang Rajang atau lebih dikenali Jabatan Durin, dekat sini, yang akan dibuka kepada lalu lintas bermula hujung bulan ini. Ini berikutan, setakat ini, tiada cadangan di peringkat Kerajaan Pusat untuk mengenakan sebarang bayaran kepada orang ramai yang menggunakan jambatan sepanjang 1.194 kilometer itu apabila ia mula dibuka 21 Oktober ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, berkata setakat ini tiada perbincangan dibuat bagi mengenakan sebarang bayaran terhadap pengunaan jambatan baru itu untuk menyeberangi Sungai Rajang oleh orang ramai. "Tidak pernah ada perbincangan diadakan untuk mengenakan sebarang bayaran tol kerana jambatan itu ialah projek untuk rakyat. “Jadi andaian pihak pembangkang pada pilihan raya lalu bahawa kerajaan akan mengenakan tol sejurus jabatan itu dibuka tidak benar,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Pembinan jambatan bernilai RM95.8 juta itu bermula pada 1999, bagaimanapun berlaku kelewatan berikutan kontraktor asalnya gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual yang ditetapkan 34 bulan. Kerajaan akhirnya melantik kontraktor baru dari Sarawak, Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation pada 2003 bagi menyambung kerja pembinaan yang berharga RM26.4 juta. Pada 21 Oktober nanti pembukan rasmi jambatan itu akan dilakukansekali gus membolehkan orang ramai menyeberangi sungai itu tanpa berbaris panjang menggunakan feri dan perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu, Khamis lalu. Yong berkata dengan siapnya jambatan itu, semua projek jambatan di negeri ini di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya berjaya disiapkan. “Kini kita akan menumpukan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebatang jambatan berharga RM40 juta akan di bina di Trusan, Limbang, tidak lama lagi” katanya.

Source

© Copyright 2006-2018 MiriCommunity.net · A JacksonLiaw.com project.