Jabatan Penerangan Sarawak raikan pegawai pindah tempat bertugas

KUCHING: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak mengadakan Majlis Apresiasi dan Penghargaan di Restoran Mango Tree di sini malam kelmarin bagi meraikan lima pegawai yang akan berpindah ke tempat baharu.

Dua daripada pegawai diraikan pada majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Samuel Simon dan KPP Bahagian Perkhdimatan Komuniti dan Pembangunan Masyarakat Helmy Hamid.

Dalam ucapan ringkasnya, Pengarah Penerangan Negeri, Abang Saldon Abang Hashim mengucapkan syabas kepada Samuel dan Helmy yang dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke Putra Jaya, Kuala Lumpur.

Beliau juga percaya kedua-dua bekas pegawainya ini mampu mengalas tugas baharu dengan baik berbekal kepada pengalaman luas bersama jabatan sepanjang perkhidmatan di negeri ini.

“Samuel kita kenali amat disenangi oleh rakan pengamal media di negeri ini dan saya pasti beliau akan dirindui nanti begitu juga dengan Helmi.

“Apa pun, sebagai penjawat awam kita harus bersedia untuk merantau dan dihantar bertugas ke tempat-tempat lain jauh dari kampung halaman,” katanya.

Selain Samuel dan Helmi tiga lagi pegawai yang akan berpindah ialah Penolong Pegawai Penerangan Nurhayati Abdul Halim dan Saliman Rahman serta Pegawai Penerangan Bahagian Miri/Bintulu Mohd Kaya.

Bagi menceriakan lagi suasana pada malam itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh rakan-rakan yang berkhidmat di bawah jabatan yang sama.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2015/11/07/jabatan-penerangan-sarawak-raikan-pegawai-pindah-tempat-bertugas/