IPD Marudi perkenal aplikasi cegah jenayah sistematik

MIRI: Ibu Pejabat Polis (IPD) Marudi akan memperkenal satu Sistem Pemantauan Skim Kejiranan dengan penggunaan aplikasi boleh membantu polis menjalankan rondaan pencegahan lebih sistematik.

Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi DSP Gabriel Risut berkata, aplikasi ini hasil inovasi Kumpulan BARAM 4 IPD MARUDI.

“Kita akan memberikan taklimat kepada orang awam untuk menggunakan aplikasi ini,” katanya semasa berucap pada mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Daerah Marudi di Bilik Mesyuarat IPD Marudi, baru-baru ini.

Gabriel menambah, penggunaan aplikasi itu merupakan sebahagian langkah yang diperkenalkan melalui penubuhan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Daerah Marudi.

Beliau menambah, penubuhan jawatankuasa Pencegahan Jenayah ini bertujuan untuk

memberi maklumat secara ‘hand on’ kepada agensi lain dan ketua-ketua masyarakat setempat agar mendapat maklumat terkini daripada pihak PDRM.

“Ini dapat mengelakkan orang awam terpengaruh dengan maklumat yang tidak berasas yang disebarkan melalui media sosial. Pada masa yang sama mengatur perancangan dan strategi untuk mengadakan aktiviti bersama seperti ceramah, pameran, dialog dan rondaan bersama secara berjadual,” katanya sambil menambah jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali.

Beliau turut mengingatkan ketua-ketua masyarakat untuk memaklumkan kepada Polis Marudi melihat sesuatu sama ada di kediaman mereka, kenderaan ataupun aktiviti yang mencurigakan.

Hadir sama ASP Roslan Mat , wakil Cawangan Khas dan Cawangan Trafik, Pejabat Daerah Marudi, Pejabat Majlis Daerah, Jabatan Penerangan, jabatan kerajaan, RELA, penghulu, pemanca, ketua-ketua masyarakat sekitar Daerah Marudi.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/16/ipd-marudi-perkenal-aplikasi-cegah-jenayah-sistematik/