Ingat BN dan Raja Nong Chik ketika Sembahyang

Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat
http://milosuam.blogspot.com/2012/09/ra … ingat.html

JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.

Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan “pelekat kekal” dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.
http://4.bp.blogspot.com/-qQed0VwyGGw/UF-BxLL2DPI/AAAAAAAACB8/1OcBhRB05XA/s1600/Sejadah%2BRaja%2BNong%2BChik.png

Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang “pelekat kekal” tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah “Qiam” di dalam solat.

http://3.bp.blogspot.com/-9yAKbp86s9o/UF-DhfREG-I/AAAAAAAACCI/ofim14RCsBY/s1600/Sejadah%2BRaja%2BNong%2BChik%2B2.png

Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.

Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar.


In the meantime…
http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/ … dunia.html

Our PM MEME on buku latihan…

good for target practice using darts…
LOL

this remind me on http://1.bp.blogspot.com/--bK-Y0WwCf8/UFGOHNXt3OI/AAAAAAAAiU0/RT40E_poLT0/s320/318388_3608665217904_1810728851_n.jpg :oops:

just pretend i didn’t see anything :X