Ibu, anak buaya ditembak mati

MATI: Buaya betina bersama anak buaya dipercayai anaknya ditembak mati malam kelmarin.

MIRI: Seekor buaya betina sepanjang lima meter dan anak buaya dipercayai anak buaya terbabit ditembak mati oleh penduduk di Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti di sini malam kelmarin.

Kedua-dua ekor buaya itu masing-masing ditembak sebanyak dua kali di bahagian kepala ketika timbul di sebatang sungai berhampiran sungai tersebut sekitar jam 9.30 malam.

Menurut seorang penduduk kampung, Murshid Kabul, 65, sejak beberapa bulan lalu mereka sering melihat kelibat beberapa ekor buaya dipercayai ‘sekeluarga’ timbul di sungai berkenaan.

“Reptilia ganas itu beberapa kali timbul di sungai itu dan keadaan ini telah mengundang ketakutan dan kebimbangan penduduk kerana sungai ini hanya terletak bersebelahan kampung kami.

“Justeru, apabila kelibat dua buaya itu timbul kira-kira beberapa meter dari kami, kami menembaknya,” katanya yang turut serta dalam operasi memburu sang bedal itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kes serangan buaya dilaporkan berlaku di kampung itu yang hanya terletak 50 kilometer dari bandar raya Miri.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/06/ibu-anak-buaya-ditembak-mati/