How we can complaint something outside Sarawak

Below is the real case of me:

[quote]
Lebih sejam tunggu pegawai Puspakom sarapan

PADA 23 Februari 2006, saya memandu kereta ke Puspakom cawangan Miri untuk membuat pemeriksa kereta persendirian B2.

Sampai pada 8 pagi, kereta saya adalah yang pertama dalam senarai pemeriksaan. Pemeriksaan siap pada pukul 8:30 pagi dan saya disuruh menunggu di kaunter untuk mengambil laporan pemeriksaan.

Saya menunggu dari 8.30 hingga 9.45 pagi (1 jam 15 minit). Semasa menunggu, saya tanya kaunter kenapa pengeluaran report B2 perlu mengambil masa yang panjang? Kakitangan kaunter menjawab sebenarnya laporan sudah siap tetapi kena tunggu tandatangan pemeriksa.

Saya tanya kenapa pemeriksa belum tandatangan. Jawabnya: ``Pegawai itu pergi minum kopi.’’

Saya ada dua soalan:

Adakah hanya seorang sahaja kakitangan yang boleh tandatangan laporan B2?

Adakah sarapan pagi perlu mengambil masa lebih 1 jam?

Akibat menghabiskan masa terlalu lama, saya terpaksa mengambil cuti setengah hari sedangkan perjalanan dari Puspakom ke tempat kerja saya hanyalah kira-kira setengah jam.

  • SIM POH GIAP
    Miri, Sarawak.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

original letter I submit to Utusan Malaysia

Khasnya kepada Puspakom Miri

Pada 23 Feb 2006, Saya memandu kereta ke Puspakom cawangan Miri untuk membuat pemeriksa kereta persendirian B2. Saya telah sampai ke destinasi pada pukul 8:00 pagi atas nasihat pegawai Puspakom dari panggilan telefon bahawa inilah hari dan masa paling sikit orang buat pemeriksaan.

Seperti dijangkakan, saya adalah kereta pertama sampai dan semua pemeriksaan berjalan dengan lancar. Kereta saya siap diperiksa pada pukul 8:30 pagi dan saya disuruh tunggu di kaunter untuk mengambil report pemeriksaan.

Semasa saya berada di dalam pejabat, saya telah dinasihati oleh beberapa veteran yang tunggu dekat kaunter bahawa pengeluaran report B2 akan memakan masa yang panjang. Memang benar, saya tunggu dari pukul 8:30 sehingga pukul 9:45 pagi, iaitu 1 jam 15 minit! Semasa menunggu, saya tanya kaunter kenapa pengeluaran report B2 perlu mengambil masa yang panjang? Pegawai kaunter menjawab sebenarnya report sudah siap tetapi sekarang kena tunggu tandatangan pemeriksa. Saya tanya kenapa pemeriksa belum tandatangan lagi? Mereka menjawab Pegawai itu pergi minum kopi.

Saya ada 2 soalan di sini:

  1. Pemeriksa yang boleh tandatangan report B2 hanya satu orang saja?
  2. Saya bukan membantah pegawai pergi makan sarapan pagi, tetapi sarapan pagi yang mengambil masa 1 jam lebih adalah masalah.

Pegawai yang menandatangan report saya ialah En. Qamarul Ariffine Majidi. Akibat perlengahan yang terlalu lama, akhirnya saya terpaksa mengambil cuti setengah hari sedangkan perjalanan dari Puspakom ke tempat kerja saya mengambil masa setengah jam (sampai pejabat 10:30 pagi, sudah hampir setengah hari). Ini mengakibatkan saya menanggung kerugian.

Selaku rakyat Malaysia yang sentiasa ingin melihat Malaysia sentiasa maju, saya terdorong untuk membuat aduan ini agar Puspakom Miri dapat menyelesaikan kepincanagan ini secepat mungkin. Selain En.Qamarul, lain-lain pekerja di Puspakom Miri seperti car tester, penjaga dan pegawai kaunter adalah sangat mesra dan sedia menolong. Mereka menghulur tangan apabila saya tanya tentang prosedur pemeriksaan yang sepatutnya. Kesalnya saya tidak tahu nama mereka, jika tidak, saya akan tulis semua nama mereka di sini sebagai penghargaan.

Sekian, terima kasih.

PUSPAKOM’s reply:

Puspakom rujuk aduan

KAMI ingin merujuk surat bertajuk Lebih sejam tunggu pegawai Puspakom sarapan (Forum 21 Mac).

Terima kasih diucapkan kepada maklum balas yang tersiar berhubung dengan masalah menunggu pegawai Puspakom yang dikatakan keluar bersarapan.

Pengurusan Puspakom amat memandang serius perkara seumpama ini dan siasatan bagi memastikan kesahihannya mengikut peraturan syarikat akan dijalankan dengan segera.

Sementara itu, kami mengalu-alukan sebarang aduan serta cadangan daripada mana-mana pihak dan boleh dihantar secara terus melalui SMS kepada Ketua Pegawai Eksekutif: 019-313 3232 atau Ketua Pegawai Operasi: 019-310 3232.

Para pelanggan juga boleh berhubung dengan kami di talian bebas tol 1-800-88-6927, beroperasi daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang.

JAMES LEE,

Pengurus Besar Khidmat Pelanggan & Komunikasi, Puspakom.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

[/quote]

Utusan Malaysiais the biggest newspaper in Malaysia in term of sales.His forum is read by ministers/companies director everyday.Obviously, PUSPAKOM is private company under control of DRB Hicom,which is none business of Sarawak government.

So I choose publication power to reflect the issue to relevant person and I suceed. If the Utusan Malaysianot advertise your letter, please keep follow-up until it post out(I nearly follw-up for 1/2 months). Besides, please submit the case to Talikhidmat to acknowledge the Sarawak government as well. They can help to submit the letter to PUSPAKOM.

Lagi pelanggan kecewa masalah streamyx berterusan

INTERNET merupakan satu kemudahan yang penting pada zaman ini sama seperti kemudahan elektrik, air dan telefon.

Banyak yang telah diperkatakan mengenai kemudahan jalur lebar yang boleh mengubah kehidupan.

Impian mengubah kehidupan ini malangnya tidak tercapai oleh kerana ketidakmampuan syarikat monopoli yang membekalkan kemudahan ini untuk memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa pada tahap memuaskan.

Dalam masa 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang teknologi, semua pengalaman yang saya lalui tidak dapat dibandingkan dengan kesukaran saya menggunakan kemudahan streamyx TM Net sejak dua bulan yang lalu.

Bermula dengan hari pertama streamyx dipasang masalah telah bermula, di mana ia dipasang oleh ejen yang tidak berpengalaman, tidak mengetahui mengenai kemudahan streamyx dengan menyeluruh, kemudahan sampingan dan kemudahan yang diberikan di dalam pakej yang dilanggan.

Sambungan streamyx yang dilanggan iaitu 1,000 Kbps untuk RM88 sebulan adalah satu yang mengelirukan. Sambungan yang diberikan hanyalah 110kbps atau rendah.

Itupun dikira bertuah jika berjaya memperoleh sambungan ke server. Apabila sambungan diperoleh tuah masih tidak memihak kepada pengguna kerana pada bila-bila masa sahaja ia boleh terputus.

Pada zaman web 2.0 ini di mana kebanyakan aplikasi disimpan di Internet, pengguna akan merasa tertekan apabila maklumat yang ditaip hilang begitu sahaja kerana belum sempat untuk menghantarnya.

Jika dibandingkan dengan Dail-Up dari segi penyambungan, lebih baik menggunakan Dial-Up kerana sepanjang pengalaman saya menggunakan Dial-Up jarang saya terputus sambungan apabila telah mengakses Internet.

Setiap kali apabila nombor bantuan pelanggan 1-300-89515 dihubungi, jawapan yang sama diterima iaitu laporan telah dibuat dan tindakan akan diambil. Sudah hampir dua bulan, namun tiada tindakan yang telah diambil untuk memulihkan keadaan.

Pusat Bantuan Pelanggan Streamyx yang diuruskan oleh pihak ketiga atau konsultan, tidak arif dalam kemudahan streamyx ini. Apa yang mereka tahu adalah meminta pelanggan memadamkan modem dan menyambungkannya kembali. Kalau begitu, tidak perlulah untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan dan membayar caj telefon.

Caj panggilan ke nombor 1-300 bukannya percuma, ia dicaj panggilan tempatan. Jika panggilan dilakukan dari telefon bimbit ia adalah caj biasa.

Secara keseluruhan setiap panggilan ke nombor perkhidmatan pelanggan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5-10 minit, bayangkan berapa banyak masa dan kos yang terbuang begitu sahaja.

Begitu juga dengan sistem pertanyaan yang kena menunggu lama sehingga pengguna meletakkan sahaja ganggang telefon kerana bosan.

Apabila dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas, arahan yang sama iaitu sila off dan on modem dan cuba lagi. Jika bernasib baik, sambungan akan dapat diperoleh, jika tidak laporan akan diambil tetapi tiada pegawai yang akan memanggil atau menghubungi pengguna tersebut.

Pegawai teknikal dari Telekom Malaysia pernah datang untuk memeriksa talian yang digunakan. Jawapan mereka ialah tidak ada masalah dari segi talian atau tidak ada gangguan dan ia juga masih dalam lingkungan jarak yang optimum. Jadi tidak tahu di mana silapnya sehinggakan masalah yang timbul ini tidak ada noktahnya.

Masalah yang sama akan berterusan kembali. Tujuan emel ini sebenarnya adalah untuk mengetengahkan isu ini kepada pihak pengurusan Telekom Malaysia supaya langkah penyelesaian jangka panjang kepada masalah tersebut dapat dilakukan.

Sebagai kesimpulan, apa yang pengguna mahukan adalah perkhidmatan yang konsisten. Tidak bermakna jika kita dapat mencapai jumlah sambungan broadband dari segi kuantiti untuk tujuan KPI, namun dari segi kualiti penyambungan, ia masih tidak setaraf dengan konsep broadband itu sendiri seperti yang diuar-uarkan.

Jika dilakukan pencarian di enjin pencarian google dengan memasukkan perkataan streamyx problem sebanyak 96,000 laman web membincangkan masalah ini. Ini menunjukkan masalah ini wujud dan ia pada tahap membimbangkan.

Pelanggankecewa@streamyx,
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/content … =fo_01.htm

TM Net jawab masalah caj, gangguan Streamyx

DENGAN segala hormatnya, kami merujuk kepada aduan Pelanggan Kecewa @ streamyx dari Kuala Lumpur bertajuk Lagi pelanggan kecewa masalah streamyx berterusan yang disiarkan pada 24 Januari 2007 dan aduan Pengguna Teraniaya dari Seremban 2, Negeri Sembilan bertajuk Kecewa TM Net kenakan caj tambahan mengelirukan yang tersiar pada 12 Februari 2007.

Terlebih dahulu, pihak kami menghargai usaha pihak tuan menyiarkan isu berhubung perkhidmatan TM Net Streamyx yang dilanggani oleh kedua-dua pelanggan terbabit.

Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh mereka.

Mengenai aduan pertama, pihak kami ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan TM Net Streamyx yang dibekalkan adalah berdasarkan prinsip capaian terbaik (best effort) kerana kadar kelajuan yang diterima oleh setiap pelanggan adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti faktor jarak di antara kediaman pelanggan dan ibu sawat TM di samping kualiti talian tembaga yang disalurkan ke kediaman pelanggan. Ini adalah disebabkan oleh teknologi ADSL yang digunakan oleh TM untuk menyalurkan perkhidmatan Streamyx kami.

Walau bagaimanapun, kami ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan Streamyx dikonfigurasi untuk mengoptimasikan kelajuan mengikut kadar kelajuan (bandwidth) yang dilanggani oleh pelanggan.

Sehubungan itu, kami juga ingin mengingatkan bahawa sekiranya lebih ramai pelanggan Streamyx melayari Internet pada sesuatu masa yang sama, ia boleh menyebabkan kesesakan laluan Internet lantas menyebabkan keupayaan kelajuan Internet menjadi lebih perlahan.

Bagaimanapun, bagi membolehkan pihak kami mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada masalah yang diutarakan oleh pelanggan tersebut, pihak kami perlu melakukan penyiasatan terperinci ke atas perkara ini.

Memandangkan tiada maklumat peribadi pengadu seperti nombor akaun, login ID pelanggan atau nombor rujukan aduan disertakan, pelanggan digalakkan menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM di talian 1-300-88-9515 atau menghantar e-mel ke ceo@tmnet.com.my untuk mengemukakan maklumat perincian peribadi beliau dengan seberapa segera agar tindakan susulan dapat diambil, sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

Mengenai caj tambahan yang mengelirukan untuk muat turun Gamezone Dragonback, seperti yang dikemukakan oleh Pengguna Teraniaya, pihak kami ingin menjelaskan bahawa mengikut terma dan syarat yang diakui oleh pelanggan untuk menggunakan permainan tersebut, pelanggan diberikan tempoh percubaan selama dua minggu secara percuma.

Sebelum tempoh percubaan dua minggu itu tamat, pelanggan perlu memilih untuk mengakhiri penggunaan permainan tersebut atau pelanggan akan didaftarkan secara automatik untuk tempoh enam bulan berikutnya.

Perkara ini terkandung dengan jelasnya di dalam terma dan syarat yang mesti diakui oleh pelanggan sebelum dibenarkan memuat turun permainan dari laman web. Notis peringatan mengenai perkara ini turut dihantar melalui e-mel kepada pelanggan sebelum tempoh percubaan itu tamat.

Sekiranya, pelanggan berhasrat untuk memberhentikan langganan Gamezone sebelum tempoh enam bulan tamat, pelanggan masih perlu membayar yuran akses bagi baki bulan yang ada.

Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan pelanggan-pelanggan tersebut terhadap produk dan perkhidmatan TM dan berharap TM akan sentiasa menjadi Pembekal Perkhidmatan Internet pilihan anda.

ZETY FAZILAH BAHARUDDIN,
Pengurus, Komunikasi Korporat, TM Net Sdn. Bhd.

http://www.utusan.com.my/utusan/content … =fo_02.htm

Probably the service will be better if you offer kopi O money. :lol:

Terkilan akhbar Cina ketepikan berita Sukan Perpaduan Islam

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk menyentuh suatu fenomena yang kurang memberangsangkan berkaitan dengan sikap akhbar-akhbar bahasa Cina di negara kita terhadap Sukan Perpaduan Islam yang sedang berlangsung di Arab Saudi.

Kontijen negara kita dari pelbagai kaum turut dihantar untuk memeriahkan temasya yang diadakan buat pertama kali.

Semua akbar berbahasa Melayu dan Inggeris membuat liputan yang agak menyeluruh selaras dengan perkembangan sukan tersebut, termasuk penyiaran gambar-gambar semasa upacara pembukaan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berketurunan Cina, saya berasa amat terkilan dan kurang senang dengan sikap akbar berbahasa Cina yang langsung tidak prihatin tentang temasya sukan yang negara kita turut terlibat itu.

Lebih menyedihkan ketika temasya ini sudah masuk hari kedua, dan kontijen negara kita telah pun membawa kebanggaan kepada negara dengan menyumbangkan dua pingat emas dan dua pingat perak menerusi acara terjun dan karate, tiada sepatah ayat pun di ruangan sukan akhbar-akhbar tersebut.

Saya sendiri juga tidak termaklum langsung tentang temasya sukan ini jika bukan kerana Utusan Malaysia.

Boleh jadi, inilah satu-satunya sebabnya hubungan intim antara kaum amat susah terjalin walaupun banyak usaha murni telah dijalankan, termasuk konsep Sekolah Wawasan.

Baru-baru ini, lagi satu kejayaan yang sungguh membanggakan telah dicapai oleh anak-anak muda Melayu, iaitu pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa muncul sebagai naib johan dalam perdebatan (bahasa Inggeris) antarabangsa mengenai undang-undang.

Malahan, salah seorang pendebat wanita Melayu (anak kepada Hakim Mahkamah Tinggi) telah dipilih sebagai pendebat terbaik seluruh dunia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina, saya turut berasa bangga. Namun, berita ini langsung tidak disiarkan dalam akhbar bahasa Cina.

Berlainan pula dengan akhbar berbahasa Melayu, khususnya Utusan Malaysia yang menyiarkan di muka depan berita tentang seorang Cif Inspektor berketurunan Cina dianugerahi Penyiasat Terbaik PDRM.

Walaupun saya berketurunan Cina, namun saya berpendapat tindak-tanduk akhbar-akhbar bahasa Cina itu adalah kurang wajar dan sedikit sebanyak boleh membantutkan usaha murni kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan perasaan baik sangka di kalangan pelbagai kaum. - HSU KON POH, Taman Salak South, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/content … =fo_02.htm

Tuduhan Hsu Kon Poh tidak berasas

Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada tulisan Hsu Kon Poh dari Taman Salak South, Kuala Lumpur (Forum, 12 April 2005) bertajuk Terkilan akhbar Cina ketepikan berita Sukan Perpaduan Islam, saya ingin memberikan penjelasan.

Setelah melayari semua laman web akhbar utama Cina di Malaysia, saya berpendapat tuduhan Hsu Kon Poh adalah tidak berasas.

Boleh dikatakan semua akhbar utama Cina (termasuk akhbar Cina Sarawak, United Daily) ada menyiarkan berita mengenai Sukan Perpaduan Islam di ruangan sukan masing-masing.

Untuk membuktikan hujah-hujah saya maka sesiapa yang fasih Bahasa Mandarin/Cina, boleh cuba melayari laman web di bawah sambil meneliti tarikh siaran berita tersebut:

Sin Chew Jit Poh http://sports.sinchew-i.com/
Kwong Wah http://www.kwongwah.com.my/kwyp_news/rl … asp/rlt=24

Nan Yang Siang Pau http://www.nanyang.com/index.php/ch=167&pg=780

United Daily http://www.uniteddaily.com.my/20050412/sport/spo03.html

Oriental Daily juga ada menyiarkan berita mengenai Sukan Perpaduan Islam, tetapi akhbar tersebut masih tiada laman web sendiri, maka tidak dapat saya tunjukkan di sini.

Saya hairan dari penerbit apa saudara Hsu membeli akhbar sehinggakan dia tidak dapat membaca berita Sukan Perpaduan Islam.

Harap penjelasan saya dapat menghapuskan kemusykilan para pembaca Utusan Malaysia dan menebus kembali nama baik akhbar Cina Malaysia. - SIM POH GIAP, Miri, Sarawak.

http://www.utusan.com.my/utusan/content … =fo_04.htm

Another channel available:

Warkah untuk PM
http://www.warkahuntukpm.com.my/