Henry Wong juara Pertandingan Memancing Laut Dalam Miri

HEBAT: Lai (kiri) memberi tanda bagus untuk kejayaan ketiga-tiga
pemancing yang berjaya mendaratkan ikan paling berat pada pertandingan
tersebut, (dari kanan) Jong, Henry dan Tan.

HEBAT: Lai (kiri) memberi tanda bagus untuk kejayaan ketiga-tiga pemancing yang berjaya mendaratkan ikan paling berat pada pertandingan tersebut, (dari kanan) Jong, Henry dan Tan.

MIRI: Henry Wong Pak Gie, pemancing dari Miri muncul juara Pertandingan Memancing Laut Dalam Miri selepas beliau mendaratkan ikan aji-aji atau amberjack seberat 19.68 kilogram sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta sijil.

Sementara tempat kedua disandang Tan Kim Kuan yang berjaya mendaratkan ikan jenis sama seberat 19.02 kilogram sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat ketiga dimenangi Jong Cheng Lung yang juga memperolehi ikan aji-aji dengan berat 18.30 kilogram untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan juga sijil. Kedua-dua pemenang juga berasal dari Miri.

Hadir sama menyaksikan acara menimbang ikan yang berjaya didaratkan oleh para peserta di Marina Bay di sini, semalam ialah Datuk Bandar Lawrence Lai manakala majlis penyampaian hadiah diadakan pada majlis makan malam yang diadakan malam tadi di sebuah hotel terkemuka di sini.

Seramai 52 pemancing seluruh negara serta dari luar seperti Brunei, China, Hong Kong dan Singapura menyertai pertandingan tersebut. Mereka berlepas ke laut dalam di perairan Miri pada Khamis lalu dan kembali semula ke daratan pagi semalam.

Kejohanan tersebut dianjurkan bersama oleh Kelab Pemancing Miri (KPM) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Miri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/04/18/henry-wong-juara-pertandingan-memancing-laut-dalam-miri/