Harga minyak Turun 10 sen lagi mulai tengah malam ini

Berita terkini (2-12-2008)

Harga petrol dan diesel turun 10 sen lagi mulai tengah malam ini.

Sumber

=========================================================================================================

Latest Update

The second reduction in petrol price since Nov 18 will be made before Hari Raya Haji, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad disclose yesterday.

Source: 2 Dec 2008, The Borneo Post.

========================================================================================================================

Nov 22, 08 3:39pm

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter.

Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.

“Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Harga lantai

Semalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran.

Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan.

Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya.

"Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas.

“Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam,” katanya.

Sumber

kalau ada turun…bagus lah…janji jangan cakap kosong…

Itu dinamakan Dijangkakan.Belum dijanjikan.

hahaha…true also…sorry…my BM sucks… :mrgreen:

Latest Update (Source: The Borneo Post 2 December 2008)

The second reduction in petrol price since Nov 18 will be made before Hari Raya Haji, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad disclose yesterday. The drop in price, he said would not more than 15 sen. while indicating that it would be for petrol only.

“We are now facing an extraordinary situation where the price of diesel in the global market is higher than that for petrol and because of this, the government is still giving a subsidy of RM1.43 for each litre of diesel”. With the latest decision, RON97 petrol is expected to drop to RM1.85 per litre from RM2.00 now and RON92 to RM1.75 from RM1.90.

2 weeks review konon, this bn gov never keep to their words.

Berita Terkini

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

Sumber

Finally… reduce another 10 sen per liter again.

RON97 - RM1.90/Liter
RON92 - RM1.80/Liter
Diesel - RM1.80/Liter

But diesel still 22sen higher than before which is RM1.58 Liter only.