Graduan FIC mampu penuhi keperluan pekerjaan

Oleh Sudan Ajang//

TERBAIK: Nur Izzati menerima diploma daripada Aries (kanan) sambil
diperhatikan Dr Peter di Miri semalam.

TERBAIK: Nur Izzati menerima diploma daripada Aries (kanan) sambil diperhatikan Dr Peter di Miri semalam.

MIRI: Ketua Pegawai Eksekutif Fajar International College (FIC), Dr Peter Tham berkata graduan lulusan kolej itu mampu memenuhi keperluan sumber kerja manusia sekali gus menyumbang pembangunan masyarakat.

“Kami di Fajar College percaya masa depan masyarakat ditentukan oleh golongan belia terutama graduan yang berupaya melakukan sesuatu dengan cara terbaik,” katanya pada majlis graduasi Fajar International College 2016 di sini semalam.

Hadir sama Kaunselor Aries Leong mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Beliau menambah, FIC memainkan peranan melahirkan graduan muda kemahiran profesional dan menyumbang pembangunan sosial.

Katanya, FIC membuka kampus baharu di Sevenew dilengkapi pelbagai kemudahan dan memanfaatkan pelajar.

“Graduan kita bertuah menghabiskan pengajian di kampus baharu dan saya percaya mereka dapat kongsi pengalaman,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada graduan Diploma Occupational Safety dan Health (DipOSH) dan menyifatkan mereka membuat pilihan memandangkan hanya DipOSH diiktiraf oleh ‘Department of Occupational Safety and Health’ (DOSH) di sini.

“DipOSH ini menjanjikan masa depan yang baik malah merintis jalan untuk mendapatkan ijazah di universiti terkemuka antarabangsa diiktiraf universiti di United Kingdom.

“Graduan kita dalam jurusan OSH dapat melanjutkan pelajaran di rakan kongsi universiti kita – Middlesex University London hanya satu tahun akademik,” katanya.

Beliau gembira pencapaian graduan Diploma Akauntan sudah mendapat pekerjaan dalam bidang tersebut. Beliau berharap graduan tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah menjadi akauntan bertauliah.

Beliau turut mengumumkan kerjasama FIC dengan universiti Australia bertaraf lima bintang menawarkan program ijazah di kolej mereka.

“Ini membuka banyak peluang graduan melanjutkan pelajaran dalam bidang akauntan, perniagaan dan pengurusan sumber manusia di Miri,” katanya.

Seramai 217 pelajar menerima skrol graduan iaitu BSC (Hons) Occupational Safety, Health and Environment dari University of Greenwich, United Kingdom (1), Diploma dalam Pengurusan Sumber (15), Diploma Kajian Perniagaan (13), Diploma Perakaunan (152) dan Diploma Occupational Safety & Health (152).

Sementara itu, empat pelajar menerima anugerah pelajar terbaik dalam jurusan masing-masing iaitu Nur Hidayah Mohd Kassim (Diploma Pengurusan Sumber Manusia), Nur Izzati Suria (Diploma Kajian Perniagaan), Chai Wei Yi(Diploma in Perakaunan) dan Pui Shin Tze (Diploma Occupational Safety & Health).

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/01/graduan-fic-mampu-penuhi-keperluan-pekerjaan/