Gangguan bekalan air di sekitar bandar Bintulu

BINTULU: Beberapa kawasan di sekitar bandar Bintulu mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam pada 22 Jun (hari ini) bermula jam 8 malam hingga 5 pagi keesokan harinya (23 Jun).

Gangguan berlaku bagi memberi laluan kepada LAKU Management Sdn Bhd menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan serta penyambungan paip utama di Pusat Rawatan Loji Air Nyabau.

Kawasan-kawasan terjejas ialah Batu 5 hingga 18 (Jalan Bintulu-Miri), taman perumahan dan estet industri sepanjang Jalan Tun Hussein Onn (sebelah kiri menuju pusat bandar) merangkumi Spring Garden, Capbuild Hill, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu, Taman Bandar Jaya, Joy Park, Jade Garden, Taman Terus, Sample Park, Taman Yan Min, Ecorich Park, Taman Jason, YTD Garden, Taman Terus Jaya, Taman Kemena Raya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Kawasan lain turut terjejas ialah North-South Road, Medan Mall, rumah kedai PRC, Eastern Gateway Industrial Park, Nyabau Industrial Park, Batu 5, kawasan rumah kedai dan perindustrian Sebiew dan perindustrian Grandmet.

Pengurusan air LAKU mengingatkan semua isi rumah dan pengguna air di kawasan terjejas supaya menyimpan air secukupnya sebelum kerja-kerja penyambungan paip dimula.

LAKU berusaha memendekkan jangka masa kesulitan bagi mengelak penduduk terjejas mengalami kekurangan bekalan air kritikal sementara menunggu bekalan air disambung semula.

Untuk pertanyaan berhubung gangguan air itu, sila hubungi talian hotline LAKU 086-318160 yang beroperasi 24 jam.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/06/22/gangguan-bekalan-air-di-sekitar-bandar-bintulu/