Enam suspek ditahan

DICEKUP: Salah seorang suspek yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Pusat
Miri pagi semalam selepas mendapat perintah tahanan reman.

DICEKUP: Salah seorang suspek yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pagi semalam selepas mendapat perintah tahanan reman.

Lima lelaki, seorang wanita direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh Bill Kayong.

Oleh Rosemaria Buma //

MIRI: Enam individu termasuk seorang wanita telah diberkas polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tembak mati Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar berkata semua suspek berusia antara 22 hingga 41 tahun telah ditangkap malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Berikutan tangkapan itu katanya, mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret pagi semalam kemudian diperintah supaya direman selama tujuh hari untuk disoal siasat lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluar semalam.

Menurut Dev, setakat ini pasukan khas ditubuh melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut kerana bimbang akan menjejaskan siasatan polis.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 pagi, 21 Jun lalu, Bill Kayong, 43, telah ditembak mati dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali menggunakan selaras senapang patah.

Kejadian belaku ketika mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux berhenti di lorong tengah menghala arah Permyjaya di lampu isyarat berhampiran Pusat Komersil Emart, Tudan di sini.

Sebelum kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Desa Senadin untuk ke tempat kerja yang terletak di pusat bandar.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/01/enam-suspek-ditahan/