Ekspo ICT tawar cabutan bertuah tiga komputer riba jenama Asus

MIRI: Persatuan Jualan dan PerkhidmatanKomputer Sarawak (CSSA) cawangan Miri menawarkan tiga komputer riba jenama Asus sebagai hadiah harian cabutan bertuah kepada pengunjung Ekspo ICT Sarawak pada 2 hingga 4 Disember ini di Stadium Tertutup.

Pengerusi, Yong Chee Tak berkata, hadiah cabutan bertuah bernilai RM28,000 ditawarkan kepada pengunjung untuk setiap resit pembelian bernilai RM100 ke atas.

“Hadiah harian ini adalah pertama kali diperkenalkan. Laptop ditaja oleh AsusTek Computer Malaysia. Sebuah komputer diberikan setiap hari semasa tiga hari aktiviti ini dijalankan, “ jelas beliau semalam.

Bertemakan“Pameran Gaya Hidup Digital Anda”, ekspo turut dianjur bersamaMajlisBandaraya Miri (MBM)diadakanbermula jam11pagihingga9 malam.

Selain hadiah bertuah, penganjur turut menawarkan 104 hadiah `early birds’ dengan tawaran harga istimewa pada 2 Disember jam 9 pagi.

Yong berkata, hanya 104 orang sahaja layak mendapat hadiah tersebut iaitu seorang untuk satu hadiah antaranya ialah televisyen Toshiba 32 inci, monitor Philips 18.5 LED, telefon Huawei, speaker bluetooth, wireless mouse, power bank, hard drive, USB data traveler dan cerek elektrik Faber.

Sementara itu, untuk resit bernilai RM300 dan RM100 keatas, pembeli juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam sesi Wheel Of Fortune, Lucky 100 menawarkan sebuah Canon Printer dan telefon pintar OPPO F1S serta sesi You Buy It, We Pay It.

Yongberkata,nama pemenang akan diumumkan pada jam 8 malam.

Selain produk ICT, turutdipromosikanialah barangan elektronik lain seperti televisyen dan telefon pintar.

Buat pertama kalinya juga, penduduk Miri berpeluang menemui maskot rasmi CSSA semasa ekspo ini kelak.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/11/26/ekspo-ict-tawar-cabutan-bertuah-tiga-komputer-riba-jenama-asus/