Duta China puji usaha MBM kekal kebersihan Miri

Oleh Steve Annuar//

TERIMALAH: Dr Huang (dua kanan) menerima cenderahati dari Lawrence  disaksikan oleh Hii (kanan), Ernest dan Fu (kiri) semasa lawatan di MBM semalam.

TERIMALAH: Dr Huang (dua kanan) menerima cenderahati dari Lawrence disaksikan oleh Hii (kanan), Ernest dan Fu (kiri) semasa lawatan di MBM semalam.

MIRI: Duta Republik Rakyat China ke Malaysia, Dr Huang Huikang memuji usaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam memastikan kebersihan bandar raya Miri berada pada tahap terbaik.

Ketika lawatan di MBM semalam, Huang memuji kempen bandar raya hijau MBM dalam menjadikan menjadikan Miri bandar raya peranginan utama utara Sarawak.

Lokasi Miri strategik sebagai bandar raya tepi laut merupakan produk tarikan boleh memacu industri pelancongannya.

Di bawah kepimpinan Datuk Bandar, Lawrence Lai, MBM berjaya mewujudkan pentabdbiran yang teratur untuk Miri yang telah mencapai status bandar raya pada 20 Mei 2005.

“Miri bukan sahaja bersih, usaha pihak MBM mentransformasikan Miri sebagai bandar raya hijau dan mengagumkan,” katanya.

Huang berkata, penduduk Miri harus berbangga kerana Miri kaya aset alam semula jadi yang terus diteroka dan dikaji bagi tujuan pelancongan.

“Selain Taman Negara Mulu popular, Miri berupaya menjadi salah satu destinasi popular menarik pelancong dari negara China, “ jelasnya.

Bagaimanapun, aksebiliti dari darat, laut dan udara amat penting merancak aktiviti pelancongan di Sarawak termasuk Miri.

Terdahulu, Lawrence berkata, hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh dan MBM berharap dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan negara China dalam pelbagai aspek pembangunan khasnya industri pelancongan.

“Jaringan perhubungan sememangnya penting memeriahkan lagi sektor pelancongan di Miri,” katanya.

Hadir sama ialah Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Fu Jijun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Bandaraya Hijau, Kaunselor Ernest Goh dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri, Hii Teck Yun.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/12/duta-china-puji-usaha-mbm-kekal-kebersihan-miri/