Dr M mocks BN over Perak deadlock

Dr M mocks BN over Perak deadlock

By Leslie Lau

KUALA LUMPUR, Feb 23 Tun Dr Mahathir Mohamad has ridiculed Umno president Datuk Seri Abdullah Badawi for asking Datuk Zambry Abdul Kadir to lodge a police report against the Perak State Assembly Speaker.

Writing in his popular chedet.cc blog, he said that while it was possible for the Speaker to commit a crime, the suspension of any assemblyman is not a crime which the police can take action against.

TIMAH BUKAN PERAK
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 22, 2009 7:42 PM

  1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
  2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

  1. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

  2. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Pak Lah is an over certified idiot. :mrgreen:

Ah!Dollar was never fit to rule from start. And that is one of Dr M’s worst blunders ever.