DIGI TAK SELAMAT? And Menyeramkan

DIGI TAK SELAMAT???.. and menyeramkan…

Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat digunakan.

Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan
elok-elok… . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu / lembaga bewarna kuning akan mengekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, LRT, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek,
tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan
menari-nari dan menyanyi lagi “I will follow Him” dari filem ‘Sister Act 1’ yang diubahsuai liriknya.

Paling dahsyat lagi, lembaga kuning tu bergaduh sesama sendiri semata-mata ingin mengekori pengguna DiGi… eee…serammmm…

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda
diperhatikan.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya
lihat sendiri dengan mata saya kat TV
baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?

:shock: