Didakwa miliki harimau dahan

MIRI: Dua lelaki warga Brunei masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhanmemilikiseekorharimau dahan tanpa lesen sah.

Mohamad Khairul Abdullah dan Abdul Rahim Taib telah didakwa mengikut Seksyen
37 (1) (a) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26) dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 37 (2) (a) ordinan sama.

Jikasabitkesalahan, kedua-duanyabolehdikena hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000 bagi setiap haiwan dimiliki.

Berdasar pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh memiliki seekor harimau dahan (Neofelis Nebu- losa) yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya seperti dinyatakan dalam Para 1 Jadual Pertama Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26) tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Hidupan Liar.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 petang, 14 Oktober lalu di dalam sebuah kereta jenis Suzuki APV GLV bernombor pen- daftaran Brunei BQ7308 berhampiran sebuah kedai makan di Desa Senadin di sini.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/22/didakwa-miliki-harimau-dahan/