Dedah motif dan dalang pembunuhan Bill Kayong

KEADILAN: Alan menunjukkan gambar Bill yang ditembak mati pada 21 Jun
lalu.

KEADILAN: Alan menunjukkan gambar Bill yang ditembak mati pada 21 Jun lalu.

MIRI: Setiasauaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling mahu polis mendedahkan motif dan dalang pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bill Kayong @ Mohd Hasbi Abdullah bulan lalu.

Alan berkata, tindakan menahan suspek melakukan jenayah itu tidak memadai sebaliknya dalang sebenar pembunuhan perlu ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

“Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kes bunuh Bill Kayong selesai, bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang memberitahu bahawa kes tersebut masih dalam siasatan.

“Sehubungan itu, Tan Sri Khalid harus memohon maaf kerana terlalu awal mengumumkan bahawa kes itu sudah selesai sedangkan polis di sini masih menyiasat dan sehingga kini sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Alan, orang awam dan masyarakat mahu tahu siapa dalang sebenar dan motif pembunuhan itu.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi, pada 21 Jun lalu, Bill Kayong, 43, ditembak mati dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali menggunakan selaras senapang patah.

Kejadian belaku ketika mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux berhenti di lorong tengah menghala arah Permyjaya di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Komersil Emart, Tudan di sini.

Mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Desa Senadin untuk ke tempat kerja yang terletak di pusat bandar.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/13/dedah-motif-dan-dalang-pembunuhan-bill-kayong/