I DONNO WAT KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) TRYIN’ TO DO. ARE THEY DON’T UNDERSTAND AT ALL THE CONCEPT? FATHER(DAYAK)+MOTHER(CHINESE)=CHILDREN (BUMIPUTERA). AND IF FATHER(CHINESE)+MOTHER(DAYAK)= CHILDREN (NON-BUMIPUTERA). IN THIS CASE THE FATHER IS DAYAK & THE MOTHER IS CHINESE…WHY STILL ASSUME THEIR CHILDREN AS A NON-BUMIPUTERA? UNDERSTAND THEY ARE TRYIN’ TO PROTECT BUMIPUTERA PRIVILEGES. BUT HAVE TO CONSIDER, NOT ALL CHINESE IS A RICH. THIS IS TOO MUCH. IS THIS 1MALAYSIA??(konon).
[size=150]Cemerlang tapi gagal ke IPTA [/size]
Oleh Edwin Raoh
Alasannya Kementerian Pelajaran mengkategorikan pelajar terbabit bukan Bumiputera
SRI AMAN: Seorang bapa, Undau@Unau Liap melahirkan rasa kecewanya kerana anaknya Marina, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, yang mendapat keputusan cemerlang tidak diterima melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Menurut Unau, alasan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berpusat di Putrajaya ialah kerana Marina dikategorikan sebagai rakyat Malaysia bukan Bumiputera (bapa berketurunan Iban manakala ibunya Cina).
Katanya, semakan status anaknya dijalankan oleh sistem komputer berdasarkan definisi yang juga diguna pakai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu:
Jika bapa dan ibu adalah seorang peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Tetapi berbeza dengan di Semananjung Malaysia yang menyatakan, jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli sepertimana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Begitu juga dengan di Sabah, jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A (6)(a) Perlembagaan Persekutuan: maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Berdasarkan senario itu Marina seorang pelajar cemerlang yang berusia 18 tahun, hasil perkongsian hidup Undau dan isterinya, Wong Pick Sing telah dinafikan peluang dan tempat untuk menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi ataupun di IPTA.
Pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang itu memperoleh keputusan 9A, 1B dalam peperiksaan SPM 2008
Apakah ini yang dinamakan konsep 1Malaysia dan kenapa ada perbezaan seperti itu dalam pengambilan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Soal Unau.
Saya bukan mempertikaikan perlembagaan, tetapi apa maknanya konsep 1Malaysia itu sekiraya perkara seperti ini berlaku, katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Panas di sini, semalam.
Menurut Unau, apa yang lebih menghairankan tentang pengambilan pelajar ke IPTA ialah kenapa pula anak sulungnya Christina diterima melanjutkan pengajiannya ke Universiti Sains Malaysia yang kini menuntut dalam tahun dua.
Banyak perkara yang menghairankan saya dalam isu ini kerana setahu saya, jika bapa merupakan seorang Bumiputera secara automotik anaknya juga diiktirafkan seorang Bumiputera, jelasnya.
Lantaran itu, buat masa ini gadis cerdik itu terpaksa menyambung pelajarannya ke tingkatan enam di SMK Simanggang setelah rayuan dengan menggunakan sistem e-Rayuan dengan harapan agar dapat melanjutkan pengajian ke IPT ditolak.
Sehubungan itu, Unau berharap agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu pendidikan yang melibatkan soal status Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi seseorang individu di negara ini.
Sementara itu, Marina yang turut bersama bapanya ketika pertemuan itu turut mengharapkan pihak Kementerian Pelajaran meneliti kembali kesnya kerana bapanya adalah kaum Iban yang bertaraf Bumiputera.
Apa yang membimbangkan saya ialah apabila isu yang sama akan berulang kembali sekiranya saya lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun depan, katanya dengan nada sedih.
Utusan Borneo turut menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sarawak untuk mendapatkan penjelasan tentang status Marina itu.
Pihak JPN Sarawak menjelaskan bahawa sekiranya bapa seseorang anak itu Iban manakala ibu seorang Cina maka anaknya adalah berstatus penduduk Bumiputera.
Manakala Mahkamah Bumiputera Sarawak menyatakan sekiranya seorang bapa berstatus Bumiputera berkahwin dengan bukan Bumiputera maka anaknya pula adalah berstatus Bumiputera (peribumi).
Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Ronnie Edward mencadangkan agar Perkara 161A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan digubal semula supaya isu seperti itu tidak akan timbul lagi pada masa akan datang.