Daftar percuma dalam MCA bantu peniaga promosi perniagaan: Adam

PROMOSI: Adam (enam kiri), Ernest (tujuh kiri) bersama kaunselor, tetamu
menunjukkan pelekat mempromosi MCA selepas praperasmian di MBM kelmarin.

PROMOSI: Adam (enam kiri), Ernest (tujuh kiri) bersama kaunselor, tetamu menunjukkan pelekat mempromosi MCA selepas praperasmian di MBM kelmarin.

MIRI: Pendaftaran percuma sehingga bulan Mac depan untuk disenarai dalam aplikasi Miri City App (MCA) oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Datuk Bandar Miri Adam Yii mahu peniaga memanfaatkan sepenuhnya aplikasi yang merupakan usaha terkini mempromosi perniagaan dan perkhidmatan lebih mudah khasnya kepada pengguna telefon pintar.

“Kita menggalak peniaga di sini mendaftar perniagaan mereka agar disenarai dalam aplikasi ini. Buat masa sekarang kita tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membolehkan aplikasi kini mendapat sambutan,” jelas beliau.

Majlis prapelancaran aplikasi itu bertujuan mempromosi industri pelancongan Miri disempurnakan petang kelmarin di MBM.

Pengguna aplikasi boleh mendapat maklumat tentang makanan, tarikan, hotel, acara, pusat beli-belah, direktori, maklumat parkir dan berita.

Menurut Adam, penggunaan aplikasi begitu signifikan untuk industri pelancongan Miri selain memberi keselesaan kepada pelancong mendapat maklumat terkini tentang Miri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan Kaunselor Ernest Goh berkata tempoh percubaan antara tiga hingga empat bulan diberikan untuk mengkaji kejayaan aplikasi berkenaan.

“Bayaran akan dikenakan pada masa depan. Ini merupakan projek berterusan untuk Miri,” jelas Ernest.

Selain mendapat maklumat makanan dan restoran popular di Miri, pengguna juga boleh mengetahui tentang destinasi kunjungan popular serta tempahan hotel.

Aplikasi turut berkongsi berita talian, pusat beli-belah serta mengetahui jumlah saman parkir tertunggak dan ia boleh dimuat turun percuma di telefon Android dan iOS.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/16/daftar-percuma-dalam-mca-bantu-peniaga-promosi-perniagaan-adam/