Dadah: Wanita didenda RM3,000 atau penjara sembilan bulan

MIRI: Seorang wanita didenda RM3,000 atau sembilan bulan penjara kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Ah Lian Idoi, 37, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.09 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 pagi, 15 April 202 di bilik nombor 307 sebuah hotel bajet di Jalan Bendahara di sini.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/20/dadah-wanita-didenda-rm3000-atau-penjara-sembilan-bulan/