Curtin Sarawak manfaat Minggu Petroleum SPE 2016

Oleh Sudan Ajang//

KENANGAN: Peserta Minggu Petroleum SPE 2016 bergambar bersama
jawatankuasa penganjur di Miri semalam.

KENANGAN: Peserta Minggu Petroleum SPE 2016 bergambar bersama jawatankuasa penganjur di Miri semalam.

MIRI: Persatuan Jurutera Petroleum (SPE) Bahagian Pelajar, Curtin University Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak) baru-baru ini menganjurkan Minggu Petroleum SPE 2016 bagi memberi pendedahan mengenai sektor itu kepada para pelajar.

Bertemakan ‘Hydrocarbon: Limitless Opportunities and Potential’, para pelajar berpeluang menyertai pertandingan teknikal dalam ‘Mud Innovation’ dan ‘Oil Rig’ selain ceramah teknikal dan pameran minyak dan gas.

Selain itu, para pelajar dibawa melawat makmal di dalam kampus selain tapak industri di sekitar Miri.

Melalui lawatan ke makmal, ia diharap dapat menanam minat dalam bidang kejuruteraan dalam kalangn pelajar baharu selain ceramah berkaitan mekanisme telaga, operasi suntikan air dan kepentingan petrofizik yang disampaikan oleh penceramah undangan.

Sementara itu di pameran ‘Everything You Need to Know About the Oil and Gas Industry’, lebih 100 poster berkaitan industri minyak dan gas dipamerkan melibatkan syarikat rakan kongsi Curtin Sarawak iaitu Sarawak Shell dan Oceancare.

Selain ceramah keselamatan dan alam sekitar, turut diadakan pameran sampel dan peralatan yang digunakan dalam industri tersebut.

Peserta turut mengadakan lawatan ke pejabat dan fasiliti Halliburton, Sarawak Shell dan Reservoir Link yang disediakan bagi memberi pengalaman sebenar industri minyak dan gas

Ketua Jabatan Kejuruteraan Petroleum daripada Fakulti Sains dan Kejuruteraan Profesor Madya Dr Sharul Sham Dol berkata, penganjuran SPE Minggu Petroleum 2016 berjalan dengan lancar dan mendaat sambutan yang amat menggalakkan.

“Kejayaan ini menjadi tanda aras kepada kita untuk menganjurkan Minggu Petroleum SPE pada masa akan datang.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Fakulti Kejuruteraan dan Sains dan Pejabat Pembelajaran dan Pengajaran yang menaja program tersebut.

Antara pencapaian SPE Curtin Sarawak ialah Anugerah Pelajar SPE Cemerlang 2015 oleh SPE antarabangsa setaraf dengan penerima daripada universiti negara lain antaranya Amerika Syarikat, Brazil, Arab Saudi, India, Nigeria, Mesir dan Belanda.

Terdapat lebih 360 pelajar SPE di seluruh dunia.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/05/curtin-sarawak-manfaat-minggu-petroleum-spe-2016/