COVID-19: 37 ditahan tidak patuh PKP di Sarawak

KUCHING: Seramai 37 individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak ditahan dalam operasi yang dilancarkan antara jam 8 pagi semalam hingga 8 pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, 33 yang ditahan itu adalah lelaki manakala empat lagi wanita.

Beliau berkata, Bintulu mencatat jumlah tertinggi dengan lapan individu, Kuching (6), Miri (5), Bau (5), Lundu (4), Padawan (3), Limbang (2) Sibu (2), Kota Samarahan (1) dan Serian (1).

“Mereka ditahan selepas didapati gagal memberikan alasan munasabah untuk berada di jalan raya atau tempat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidi berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di

Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sejak tindakan tegas diambil, seramai 65 ditahan kerana mengingkari PKP dengan 28 daripadanya ditahan di seluruh negeri, semalam.

Lagi berita mengenai COVID-19

Source: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/669906/covid-19-37-ditahan-tidak-patuh-pkp-di-sarawak