CEO baharu Sarawak Energy adakan kunjungan hormat terhadap Morshidi

ORANG
BAHARU: Sharbini (kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Morshidi pada
hari kedua beliau mengambil alih jawatan CEO Kumpulan Sarawak Energy.

ORANG BAHARU: Sharbini (kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Morshidi pada hari kedua beliau mengambil alih jawatan CEO Kumpulan Sarawak Energy.

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani di pejabatnya yang terletak di Wisma Bapa Malaysia di sini, Rabu lepas.

Sharbini merupakan anak jati Sarawak yang mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas serta pernah menyandang pelbagai kedudukan tinggi dalam syarikat petroleum besar seperti Shell dan Petronas.

Sebelum dilantik sebagai CEO Kumpulan Sarawak Energy berkuat kuasa pada 1 November 2016, Sharbini merupakan naib presiden Kumpulan Petronas bagi laporan terus Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan kepada presiden.

Sharbini telah dipilih untuk menerajui syarikat pembangunan tenaga dan utiliti milik kerajaan ini selepas pencarian meluas bagi rakyat Sarawak dengan kelayakan antarabangsa. Dalam pada itu, Sharbini memulakan kerjayanya di Sarawak Shell Berhad di Miri dan menghabiskan masa lebih lima tahun di Pejabat Ketua Shell di The Hague, Belanda sebagai jurutera projek dan proses, bekerja dalam projek minyak di Iran, Norway, Peru, Filipina dan United Kingdom.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus besar Shell Malaysia Sabah sebelum menyertai Petronas pada 2010 sebagai naib presiden pengeluaran antarabangsa.

Sharbini kemudiannya dilantik sebagai naib presiden huluan antarabangsa Petronas yang beroperasi di lebih 23 negara termasuk Indonesia, Myanmar, Vietnam, Turkmenistan, Uzbekistan, Iraq, Oman, Sudan, Algeria sehingga ke Argentina, Ireland, Kanada dan bekerja dengan lebih daripada 50 rakan antarabangsa di seluruh dunia.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/11/04/ceo-baharu-sarawak-energy-adakan-kunjungan-hormat-terhadap-morshidi/