Buruh binaan didakwa masuk secara haram

MIRI: Seorang buruh binaan warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan masuk ke negeri ini secara haram.

Taib, 18, dari Santa Catalina, Zamboanga, Filipina telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Berdasar pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan warga- negara Malaysia didapati masuk ke negeri ini tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 pagi, 13 Februari lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Lorong Harmoni 1C, Tudan Fasa 6 di sini.

Bgaimanapun, tiada sebarang pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Mac depan untuk sebutan semula ke di hadapan Hakim Marutin Pagan.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/27/buruh-binaan-didakwa-masuk-secara-haram/