Budak diseret babi hutan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Selepas perut saya digigit, babi hutan itu seret saya sejauh lima meter sampai baju saya koyak-rabak, kata Puteri Nor Syazzwani Badaruddin, 8, yang cedera diserang haiwan terbabit di Sungai Isap II, di sini, petang semalam.

Badannya kemudian tersangkut pada pasu bunga menyebabkan dia dilepaskan. Kemudian babi hutan itu lari manakala mangsa segera masuk ke rumah jiran.

Puteri luka di perut sepanjang enam inci akibat disondol selain tangan dan kaki akibat diseret babi hutan yang sesat di kampung itu, kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut Puteri, jiran membantu menghantarnya pulang ke rumah, tidak jauh daripada tempat kejadian kerana dia tidak berdaya untuk berjalan.

Ketika kejadian, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Sungai Isap itu berkata, dia bersama tiga rakan sedang bermain Saidina di halaman rumah jiran yang terbuka pintu pagarnya.

Dia tidak menyedari kemunculan babi hutan berkenaan sebelum seorang daripada tiga rakannya bertempik kerana terkejut melihat haiwan itu.

Katanya, dia tidak menangis ketika disondol dan diseret babi hutan itu tetapi kejutan serangan itu masih dirasai sehingga takut untuk bermain di luar rumah.

Kawan saya sebenarnya tahu babi hutan itu datang. Tapi, dia tidak beritahu saya. Mungkin dia pun terkejut, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Sungai Isap II, di sini, semalam.

Teman sekolahnya, Nor Shahirah Hamidon, 8, berkata dia nampak babi hutan itu menghampiri mereka tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Saya lari dan tidak sempat bertahu Puteri. Kejadian itu sungguh ngeri. Tapi, nasib baik ada pasu bunga. Jika tidak, tentu Puteri terus dilarikan haiwan itu, katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Norihani Kasim, 42, berkata dia bersyukur kerana anak keempat daripada lima beradik itu hanya luka ringan di perut, tangan dan kaki.

Jika tengok pada bajunya yang koyak-rabak sudah tentu akan parah tetapi saya bersyukur kerana dia selamat dan mampu menceritakan kejadian terbabit.

Saya terdengar jeritan kanak-kanak. Tapi, saya sangka anak menjerit kerana gembira bermain Saidina bersama rakan sebelum saya melihatnya kejadian itu dari dekat, katanya.

Katanya, dia terkejut selepas melihat anaknya dipapah jirannya dalam keadaan lemah dan ketakutan sebelum dimaklumkan Puteri Nor Syazzwani diseret babi hutan sehingga cedera.

Norihani bercadang tidak akan membenarkan lagi anaknya bermain di luar di rumah kerana bimbang perkara sama berulang.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/H … ndexm_html

Gosssh…trauma…trauma…pity tat lil girl… :frowning:

Mana tidak…Aku pun trauma lihat post ni…

People deserve the trauma. That’s the penalty for hunting down wild boars. Babi hutan membalas dendam yeh yeh :smiley: :wink:

Revenge of the Wild Boars

directed by Quitin Terrentino

Apu … so Kasihan …