Boulevard sumbang dana kepada pusat dialisis

UNTUK KEBAJIKAN: Don (dua kiri) bersama Ling (dua kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM3,892.70 kepada Jurip (tengah) sambil disaksikan yang lain.

UNTUK KEBAJIKAN: Don (dua kiri) bersama Ling (dua kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM3,892.70 kepada Jurip (tengah) sambil disaksikan yang lain.

MIRI: Boulevard Shopping Mall semalam menyampaikan sumbangan RM3,892.70 untuk dana bangunan cawangan baharu Pusat Dialisis Buah Pinggang Bulan Sabit Merah Miri di Permyjaya.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boulevard Group of Companies Don Yew Hoon kepada Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Dialisis Buah Pinggang Bulan Sabit Merah Cabang Miri Jurip Ngaop di premis pusat di sini.

Menurut Don, jumlah itu dikumpul menerusi program tahunan Boulevard Shopping Mall iaitu melontar buah limau mandarin sempena Chap Goh Meh pada 21 Februari lalu.

Jelasnya, beliau berterima kasih kepada masyarakat setempat memberi sokongan dengan membeli limau bagi acara melontar terbabit.

Sementara itu, kerja pembinaan pusat baharu bernilai RM5 juta di Permyjaya itu dijangka dimulakan tahun ini.

Keperluan cawangan baharu bagi pusat berkenaan adalah untuk menampung kapasiti pusat utama dijaga penuh pada tahun depan.

Justeru, cawangan baharu pusat itu akan membantu mengurangkan kesesakan pesakit di pusat utamanya.

Cawangan pusat baharu terbabit akan disediakan kira-kira 40 mesin dialisis yang mampu menampung kapasiti seramai 160 pesakit.

Pada masa sama, kos peng-angkutan untuk pesakit di kawasan Permyjaya dan yang berhampiran turut dapat dikurangkan kerana boleh mendapatkan rawatan di pusat baharu itu nanti.

Turut hadir Pengarah Urusan Boulevard Group of Companies Mall Derek Ling.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/26/boulevard-sumbang-dana-kepada-pusat-dialisis/