BOMBA bantu potong cincin lekat di jari

BANTU: Pegawai bomba diketuai Henry (tengah) sedang berusaha mengeluarkan cincin di jari manis kanan seorang lelaki semalam.

MIRI: Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng semalam berjaya membantu memotong cincin melekat di jari manis kanan seorang lelaki.

Pegawai Bomba Kanan II Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Miri bagi membantu dan memberi khidmat memotong cincin terbabit.

“Operasi itu diketuai saya sendiri bersama Pegawai Bomba (PB) Zaidel Madhi dan PB Mohammad Shukri, mengambil masa selama 20 minit.

“Pemuda berumur 27 tahun itu memakai cincin berkenaan sejak tiga bulan lalu, namun disebabkan jarinya mula sakit dan bengkak, dia berusaha mengeluarnya pagi tadi (semalam) tetapi tidak berjaya.

“Dia yang menahan sakit, kemudiannya pergi ke Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan,” jelas Henry.

Tambah beliau, pihaknya menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan menggunakan peralatan khas untuk operasi memotong terbabit.

Menurut Henry, selain membantu dalam operasi kebakaran, bomba terbabit turut memberi khidmat sedemikian untuk masyarakat setempat.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/04/10/bomba-bantu-potong-cincin-lekat-di-jari/