Bersatu, pastikan kelancaran projek empangan demi pembangunan pesat Baram

MIRI: Penduduk Baram khususnya mereka yang terjejas dengan cadangan pembinaan Empangan Baram dinasihati supaya tidak menolak pelan pembangunan yang sudah dirancang untuk mereka termasuk projek empangan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, penduduk sebaliknya perlu bersatu dan saling bekerja-sama ke arah kehidupan lebih baik terutama selepas peng-umuman mengenai cadangan pembinaan Empangan Baram dibuat Ketua Menteri pada Sabtu lalu.

Katanya pelan pembinaan itu dilaksanakan secepat mungkin sekali gus bakal membawa perubahan besar kepada pembangunan dan populasi penduduk di Baram.

Marilah kita di Baram, bekerja bersama-sama untuk kehidupan rakyat yang lebih baik. Kerajaan ikhlas mahu membawa perubahan kepada populasi di kawasan luar bandar.

Justeru, kita mesti percaya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang ikhlas mahu membantu mengubah standard kehidupan penduduk di luar bandar, Baram menerusi pembinaan Empa-ngan Baram, katanya.

Beliau berkata empangan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan strategik secara keseluruhan untuk Baram.

Jika kita tidak memula-kannya dari sekarang dan tidak melakukan sesuatu ketika ini, bagaimana nanti generasi muda dan anak-anak kita mahu terus hidup dan bekerja di Baram, kata Dennis.

Dennis mengakui, beliau sedih dengan Baram yang sehingga hari ini masih ketinggalan di belakang dan tanpa pembangunan ber-kembang.

Apa yang menyedihkan saya apabila tiada pembangunan di Baram dan rakyat menyalahkan kerajaan kerana tidak melakukan sesuatu.

Tetapi, ironinya apabila kerajaan melakukannya se-perti merancang pembinaan Empangan Baram dan mahu membawa masuk pembangunan sebaliknya ramai pula yang menentang, katanya.

Source: http://www.theborneopost.com/2015/05/19/bersatu-pastikan-kelancaran-projek-empangan-demi-pembangunan-pesat-baram/