Benang nafi mengeluarkan kenyataan sensitif, perkauman

MIRI: Tuai Rumah Benang Pilang menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenya-taan sensitif atau berunsur perkauman bertujuan menentang individu tertentu.

Baru-baru ini semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Bain, Tinjar, Benang dalam ucapannya memberitahu bahawa majoriti rakyat di Marudi beragama Kristian justeru mereka mahu wakil rakyat juga beragama Kristian.

Sehubungan itu, enam ke-tua kampung dan tuai rumah dari Marudi membuat laporan polis berhubung kenyata-an Benang yang dianggap berunsur perkauman dan ditujukan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran.

“Saya tidak pernah menge-luarkan kenyataan perkauman untuk mana-mana individu. Apa yang saya suarakan adalah kemahuan sebenar rakyat dan saya hanya me-nyatakan apa yang mereka mahu iaitu wakil rakyat ber-agama Kristian.

“Adakah salah menyuara-kan harapan rakyat, adakah ia satu jenayah bercakap benar?” soalnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Benang menambah, sebaliknya enam tuai rumah dan ketua kampung terbabit yang mengeluarkan kenyataan sensitif dan bersikap perkauman kerana memutarbelitkan kenyataan.

“Mereka menggunakan kenyataan yang diputar belit seolah-olah saya adalah dalang, hakikatnya mereka berbuat demikian kerana mahu melindungi kelangsungan politik mereka,” katanya.

Benang menambah, beliau bersedia memberi kenyataan kepada polis sekiranya diminta berbuat demikian.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/02/benang-nafi-mengeluarkan-kenyataan-sensitif-perkauman/