Belum ada laporan kes Zika di Miri

MIRI: Kementerian Kesiha­tan Awam setakat ini belum menerima laporan jangkitan virus Zika di Miri sebagaim­ana dilaporkan salah sebuah akhbar tempatan di sini.

Menteri Mudanya Datuk Dr Jerip Susil berkata, beliau belum menerima maklumat jangkitan wabak tersebut dan menganggap ia hanya khabar angin berlegar dalam media sosial.

“Saya belum dimaklumkan terdapat jangkitan itu, justeru saya tidak dapat mengulas lanjut,” katanya ketika di­hubungi semalam.

Sementara itu Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau turut terkejut selepas dimak­lum perkara sama.

Katanya beliau sendiri menyelidiki laporan tersebut dengan Jabatan Kesihatan sebelum membuat kenyataan lanjut.

Sementara itu, akhbar tempatan berbahasa Cina se­malam melaporkan, seorang wanita yang baharu pulang

dari lawatan ke Singapura dua minggu lalu kini disyaki dijangkiti virus Zika.

Menurut akhbar itu lagi, wanita berusia 30 tahun sedang hamil dua bulan itu dimasukkan ke sebuah pusat rawatan swasta dan ujian da­rah dijalankan mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.

Wanita tersebut kini di­masukkan ke wad berasingan di Hospital Miri untuk pe­mantauan selanjutnya.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/14/belum-ada-laporan-kes-zika-di-miri/