Belia harus bijak jaga nama baik keluarga, agama

Hormati golongan tua, ibu bapa agar menjadi generasi berakhlak mulia dan bermoral tinggi: Dennis

// Oleh W. Bolly Ongie //

UNTUKMU: Pemangku Ketua Kampung Long Laput, Robert Luhat (empat kiri)
menyampaikan cenderahati kepada Dennis sambil disaksi Elizabeth serta lain.

UNTUKMU: Pemangku Ketua Kampung Long Laput, Robert Luhat (empat kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dennis sambil disaksi Elizabeth serta lain.

MARUDI: Golongan Pemuda dan Pemudi Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dinasihatkan supaya sentiasa menjaga ahklak mulia dan mendisiplin diri di mata orang awam termasuk menjaga nama baik diri, keluarga dan agama mereka.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau mengingatkan mereka sentiasa menghormati golongan tua dan ibu bapa mereka.

“Sebagai golongan dilentur dengan baik dan didikan agama sejak kecil menerusi sekolah minggu di gereja masing-masing, kita perlu mengekal sikap baik dan akhlak mulia serta bermoral tinggi, apabila dewasa dan berada di luar sana.

“Ia juga matlamat dan tujuan gereja mendidik, supaya melahirkan golongan belia bermoral tinggi dan menjadi insan berguna,” katanya lagi.

Dennis memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Seminar Kebaktian Tahunan Pelayan Pemuda –Pemudi (PPP) Daerah Baram Tengah yang berlangsung di Gereja BEM Long Laput di sini.

Seminar Kebaktian dua hari itu dikendalikan oleh Pastor Andy Anyie dari Gereja SIB on the Rock Miri dan turut dihadiri seramai 22 orang ‘Gembala’ dari seluruh Zon Baram Tengah dengan seramai 670 orang penganut agama Kristian dari Gereja SIB yang hadir .

Dennis menambah kata bahawa penyertaan kali ini amat menggalakkan, sekali gus menguatkan lagi hati dan keimanan mereka dalam kebaktian dan aktiviti keagamaan boleh dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan mereka.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Ketua Masyarakat Kayan Bahagian Miri, Temenggung Elizabeth Deng .

Di majlis tersebut, Dennis turut mengumumkan geran pembangunan kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 untuk Pemuda-Pemudi Baram Tengah dan RM10,000 lagi untuk Gereja SIB Long Laput.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/21/belia-harus-bijak-jaga-nama-baik-keluarga-agama/