Belia digalak jadi sukarelawan

MIRI: Masyarakat setempat khususnya golongan belia digalak dan dialu-alukan menjadi sukarelawan dalam aktiviti kemasyarakatan di sini.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri (BSMMM) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, sukarelawan perlu dijadi budaya dalam masyarakat bermula dengan generasi muda.

Dalam setiap aktiviti memberi manfaat kepada masyarakat, sukarelawan amat diperlukan. Kita menggalak promosi kesukarelawanan dalam kalangan belia, katanya.

Jelasnya, melalui sokongan dan kerjasama kesukarelawanan terbabit, secara tidak langsung ia memberi harapan serta semangat kepada masyarakat sekeliling dalam kecemasan seperti bencana alam.

Dr Chan berkata demikian pada majlis mesyuarat agung tahunan (AGM) 2015 BSMMM bertempat di dewan Periwinkle MRCS di sini, petang semalam.

Menurut Dr Chan mengenai BSMMM , sepanjang tahun lalu, beliau berbangga dengan pencapaian BSMMM dalam melakukan kerja sukarelawan bagi masyarakat setempat.

Katanya, BSMMM bergerak aktif, gigih dan memberi komitmen tinggi dalam melaksana serta melaku pelbagai aktiviti kemasyarakatan walaupun berhadapan pelbagai cabaran atau rintangan.

Sebagai contoh, acara tarian kemanusiaan masih disambut baik masyarakat setempat setiap kali penganjurannya.

Secara langsung, BSMMM mampu membantu mengerat perpaduan dan kesefahaman antara masyarakat berbilang kaum di samping mengumpul dana untuk cabang BSMMM, katanya.

Jelasnya, BSMMM selama ini mencermi pengorbanan dan dedikasi sukarelawan kita.

Justeru, memandangkan peranan pentingnya kesukarelawan BSMMM dan usaha berterusan, beliau mahu BSMMM memberi fokus dan meningkat usaha pembangunan sukarelawanan ahlinya terdiri daripada unit Link, belia dan pasukan bantuan.

Pada majlis berkenaan, lapan ahli BSMMM daripada sekolah menengah di sini turut menerima anugerah busari 2014 daripada Dr Chan.

Mereka ialah Chai Zhong Cheng, Jeremy Tan Yun Zhang, Sharon Hii Yiik Wei, Chang Sze Chi, Chang Sze Ying, Philip Yong Ming Shang, Marina Wong Mei Ing dan Ho Li Ting.

Hadir sama dalam AGM 2015 terbabit ialah Timbalan Pengerusi merangkap Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha BSMMM Tan Lay Yen, Bendahari Kehormat BSMMM Yong Nyet Yun serta ahli-ahli jawatankuasa BSMMM.

Source: http://www.theborneopost.com/2015/03/29/belia-digalak-jadi-sukarelawan/