source: http://www.utusan.com.my/utusan/content … =dn_07.htm
KUCHING 23 Ogos - Seorang bayi lelaki baru dilahirkan dijumpai mati di dalam baldi di tempat letak kereta di tingkat lima Wisma Saberkas, di sini pagi ini.
Bayi yang masih bertali pusat dan berdarah itu ditemui oleh seorang pekerja pencuci bangunan di situ kira-kira pukul 8 pagi.
Wanita berkenaan, Benya Abas, 56, berkata, ketika ditemui bayi itu mungkin sudah mati kerana tidak menangis dan bergerak.
Sekali imbas ketika menghampiri baldi yang ditinggalkan di tepi laluan kenderaan itu saya ingatkan ia berisi anak kucing.
Tapi saya hampir pengsan apabila menyedari baldi berkenaan berisi bayi yang sudah mati, selepas itu saya memanggil rakan kerja saya dan mereka membuat aduan polis, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Menceritakan kejadian itu, Benya berkata, beliau memulakan kerja seperti biasa yang bermula daripada pukul 7 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Kawasan letak kenderaan itu biasanya bersih pada sebelah pagi kerana kerja pembersihan sudah dilakukan lewat petang semalam. Tapi pada pagi ini, dari jauh saya lihat sebuah baldi di situ, katanya.
Pegawai Penyiasat Jenayah Seksual Ibupejabat Polis Daerah Kuching, Chif Inspektor Angela Ladie berkata, siasatan berhubung penemuan bayi berkenaan akan dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta membantu polis.
Note:
Have anything to say about this? What’s wrong with these people? It really ticks me when stoopid idiots ditched their babies just for the sake of getting themselves out of trouble. :x [/b]