‘Batu Payau’ bernilai RM200,000 dijumpai, pemilik dakwa khasiat perubatan tinggi

BERNILAI TINGGI:  Beginilah rupa ‘Batu Payau’ dijual dengan
harga RM100,000 setiap satu.

BERNILAI TINGGI: Beginilah rupa ‘Batu Payau’ dijual dengan harga RM100,000 setiap satu.

MIRI: Seorang lelaki mendakwa mempunyai sepasang ‘Batu Payau’ atau batu rusa yang berharga mencecah RM200,000 dan dipercayai mempunyai khasiat perubatan tinggi dalam rawatan penyakit termasuk boleh menyembuhkan kanser.

Mengikut dialek Iban dan sesetengah cabang Melanau di negeri ini, ‘payau’ adalah nama panggilan untuk rusa dan ketika datang ke pejabat Utusan Borneo semalam, pemilik dikenali sebagai Yong memberitahu batu berkenaan diperbuat daripada seekor rusa.

“Rusa itu telah ditembak seorang lelaki bergelar haji di sebuah hutan dekat Jalan Miri Bypass. Harganya mencecah RM100,000 setiap satu batu kerana sangat susah dijumpai apatah lagi ia diambil daripada bahagian usus besar seekor ‘payau’,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, ‘Batu Payau’ itu mempunyai khasiat perubatan lebih tinggi daripada Batu Landak yang hanya berharga sekitar RM80,000 di pasaran.

‘Batu Payau’ itu kata Yong, hampir tidak pernah didengari tidak seperti Batu Landak sangat terkenal dan berharga bagi kebanyakan pengamal perubatan Cina.

“Pengamal perubatan Cina tahu mengenai Batu Landak tetapi tidak pernah mendengar tentang ‘Batu Payau’ ini,” tambahnya lagi.

Batu itu dibelinya selepas seorang kawannya memberitahu kewujudan batu berkenaan pada jam 4 pagi setelah melapah rusa hasil perburuan mereka.

Seorang ahli perniagaan di Miri sembuh daripada penyakit serius setelah mengambil Batu Landak sebagai ubat tetapi ia mungkin menerima kesan berlainan bergantung kepada pesakit dan jenis penyakit seseorang.

Yong turut mengatakan beliau sanggup menjual ‘Batu Payau’ itu kepada individu berminat dan percaya terhadap khasiat perubatan terdapat padanya.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/24/batu-payau-bernilai-rm200000-dijumpai-pemilik-dakwa-khasiat-perubatan-tinggi/