Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu
kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga
minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi.
Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu
membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada
dekat universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di
Sunway.
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat
seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk
meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan
terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya
pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba
Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya…lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik…sehari biasanya dapat berapa
pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…
Saya : Ohhhh…keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak
semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di
Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti
Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi
nuun.
Saya :Wahh…hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr…
Penegmis: (Sambil tersenyum Biasalah nak. Anak pun pandai apa,
sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman…^_^…) Pakcik ni…So anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr…semuanya mengemis seperti pakcik…Dorang
kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal
budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus
sari tu biasalah!
Saya: Cisss…Hampehhhhhh…!!!