Banjir kilat landa dua kampung di Miri

MIRI: Dua kawasan penempatan penduduk di bahagian ini, ditenggelami banjir kilat selama lima jam bermula jam 8 malam tadi.

Kawasan terbabit ialah Kampung Lambir, Miri, dan Kampung Lusut, Taman Tunku Miri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6, Law Poh Kiong, berkata banjir kilat itu bagaimanapun pulih jam 2 pagi tadi apabila air surut dan hujan berhenti.

“Situasi banjir kilat di kawasan itu terkawal dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa penempatan lain di bahagian ini juga tidak terkecuali dilanda banjir tetapi tidak serius.

Source: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/634173/banjir-kilat-landa-dua-kampung-di-miri

© Copyright 2006-2018 MiriCommunity.net · A JacksonLiaw.com project.