Aziz Sattar nikahi peminat

Aziz Sattar nikahi peminat: AZIZ SATTAR menyuap makanan kepada isteri, Hashimah Delan selepas majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. Pasangan itu diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Haiyon, manakala saksi pernikahan ialah pelakon, Datuk Ismail Hudson dan adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Tengku Sulaiman Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Walaupun bukan kali pertama bernikah, Aziz mengakui gementar ketika upacara akad nikah. Pernikahan itu adalah yang ketiga buat Aziz dan yang kedua buat Hashimah.