Ayah mengaku tidak bersalah cederakan anak

MIRI: Seorang ayah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan dengan sengaja mencederakan anak kandungnya yang berusia tujuh tahun.

Mike Alex, 27, dari Hulu Mamut Sibuti didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas anaknya, Brendan Nanang Mike berusia tujuh tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 1 petang, pada 23 Jun lalu di sebuah rumah di Pujut 1 di sini.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos depan untuk pengurusan kes.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/06/ayah-mengaku-tidak-bersalah-cederakan-anak/