APMM Miri berjaya tahan bot nelayan Vietnam

PERIKSA: Anggota APMM melakukan pemeriksaan ke atas awak-awak kapal
terbabit.

PERIKSA: Anggota APMM melakukan pemeriksaan ke atas awak-awak kapal terbabit.

DM13 tumpas penangkapan ikan secara haram di perairan S’wak dengan penahanan bot nelayan asing

Oleh Clare Cinderella //

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri (DM13) berjaya menumpaskan penangkapan ikan secara haram di perairan negeri ini oleh nelayan asing dengan penahanan sebuah bot dari Vietnam.

Pengarah Maritim Daerah Miri Laksamana Pertama (M) Abim Sungom memberitahu, penahanan bot nelayan asing itu pada kedudukan 114.5 batu nautika ke Tanjung Payung di perairan Miri pada 3 September lalu.

“Kapal peronda APMM menjalankan Ops Permai bermula 2 September lalu dengan melakukan rondaan sekitar perairan Miri dan berjaya mengesan sebuah bot nelayan disyaki melakukan penangkapan ikan pada 3 September, jam 4.50 petang.

“Apabila kapal peronda APMM, Siakap mulai merapati bahagian sebelah kiri sebuah bot nelayan bernombor pendaftaran BTH 99876, jam 5.16 petang di kedudukan lebih kurang 114.5 batu nautika ke Tanjung Payung anggota kita terus membuat pemeriksaan ke atas kapal berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki berasal dari Vietnam dan tidak mempunyai dokumen yang sah manakala tekong dan awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurut Abim, bot tersebut serta lapan awak-awak termasuk tekong ditahan untuk membantu siasatan dengan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/04/apmm-miri-berjaya-tahan-bot-nelayan-vietnam/