Amaran ribut petir di perairan Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan aktiviti ribut petir yang sedang melanda sekitar kawasan perairan Sarawak, dijangka berterusan hingga pagi ini.

Menerusi amaran dikeluarkan pada jam 4.18 pagi tadi itu, jabatan itu memberitahu ribut petir berkenaan boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (KMSJ) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku.

Justeru, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, hujan lebat yang kini melanda beberapa kawasan di sekitar Miri, Kapit, Bintulu, Sri Aman dan Lundu di negeri itu, dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.

Susulan gempa bumi kuat 7.9 magnitud di barat daya Sumatera malam tadi, jabatan itu belum mengeluarkan maklumat terbaru berhubung amaran tsunami.

Jabatan itu masih mengekalkan maklumat yang dikeluarkan malam tadi iaitu tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/03/amaran-ribut-petir-di-perairan-sarawak/