Aktiviti korek pasir haram Kuala Tinjar dilumpuh JTS

KUCHING: Aktiviti pengorekan pasir tanpa kelulusan dijalankan di kawasan perairan Kuala Tinjar, Miri berjaya dilumpuh oleh unit penguat kuasa dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Rabu lalu.

Dalam operasi itu, sebuah bot penunda, sebuah tongkang dan sebuah kren serta selonggok pasir disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti itu berjaya dikesan hasil maklumat risikan lapangan dilaksanakan jabatan dan disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab81).

Susulan itu, orang ramai adalah digesa untuk bersama-sama pihak Jabatan Tanah dan Survei membanteras aktiviti melanggar undang-undang seumpama ini.

Sebarang maklumat yang diketahui boleh disalur kepada Pejabat Tanah dan Survei berhampiran atau melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat) atau melalui perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/25/aktiviti-korek-pasir-haram-kuala-tinjar-dilumpuh-jts/