Adenan mahu kaum Penan mempunyai perwakilan di DUN

PENAN PERLU PERWAKILAN: Kaum minoriti Penan akan mempunyai perwakilan  di
Dewan Undangan Negeri pada masa depan: KM

PENAN PERLU PERWAKILAN: Kaum minoriti Penan akan mempunyai perwakilan

di Dewan Undangan Negeri pada masa depan: KM

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu bahawa kaum minoriti Penan akan mempunyai perwakilan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa depan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu memberitahu, hanya terdapat enam peratus Orang Ulu termasuk Penan di negeri ini namun jumlah perwakilan mereka di kerusi Parlimen dan DUN melebihi enam peratus.

“Kita sudah ada perwakilan kaum Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Bisaya dan sekarang Kelabit. Pada masa depan, kita mahu mewujudkan kerusi untuk komuniti Penan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Komuniti Orang Ulu di kerusi Mulu, Telang Usan dan Ba’Kelalan semalam.

Ucapan Adenan itu turut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,500 komuniti Orang Ulu yang hadir pada majlis tersebut.

“Kita sudah tambah kerusi untuk Orang Ulu, salah satu daripadanya ialah Mulu yang khas diwujudkan untuk orang Kelabit,” katanya.

Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Datuk Gerawat Gala dipilih sebagai calon langsung BN bertanding di kerusi Mulu.

“Jika Gerawat menang maka orang Kelabit akan mempunyai lebih peluang untuk bersuara di DUN,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, calon BN Telang Usan Dennis Ngau, calon BN Ba’Kelalan Willie Liau dan calon BN Mulu Datuk Gerawat Gala.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/03/adenan-mahu-kaum-penan-mempunyai-perwakilan-di-dun/