Adenan diberi kepercayaan pilih calon kerusi Mulu

BERI SOKONGAN: Adenan (tujuh kiri) bergambar bersama para pengundi, ketua parti, ahli parti,ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan DUN Mulu,  petang semalam.

BERI SOKONGAN: Adenan (tujuh kiri) bergambar bersama para pengundi, ketua parti, ahli parti,ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan DUN Mulu, petang semalam.

MIRI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem diberi kepercayaan untuk memilih sendiri calon bagi kerusi baharu N.78 Mulu.

Bercakap kepada pemberita di sini petang semalam, selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pengundi, ketua parti, ahli parti, ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan Dewan Undangan Negeri Mulu, Adenan berkata sama seperti kriteria calon kerusi lain, Mulu akan dinilai dengan cara sama dan paling penting, pilihan tersebut ialah ‘calon boleh menang’.

“Calon sudah semestinya berupaya bekerja untuk rakyat dan paling penting adalah yang ‘boleh menang’,” katanya.

Jelas Adenan, pengwujudan kerusia Mulu adalah satu pengiktirafan kepada kaum minoriti iaitu Kelabit dan ia adalah titik sejarah untuk mereka diwakili dalam DUN bagi mewakili suara kaum terbabit.

Menurut Adenan, negeri ini sudah mempunyai wakilnya sendiri daripada kumpulan etnik minoriti lain seperti Kedayan, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya termasuk Selako dalam kabinet.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/24/adenan-diberi-kepercayaan-pilih-calon-kerusi-mulu/