700 pelajar dapat manfaat daripada inisiatif bantuan cermin mata Magnum

AKTIVITI MURNI: Andrew (kiri) dan Liew (kanan) masing-masing menunjukkan
baju-T yang diperolehi peserta selepas mendaftar penyertaan mereka menyertai
‘2016 6km Run’ pada 7 Ogos ini.

AKTIVITI MURNI: Andrew (kiri) dan Liew (kanan) masing-masing menunjukkan baju-T yang diperolehi peserta selepas mendaftar penyertaan mereka menyertai ‘2016 6km Run’ pada 7 Ogos ini.

KUCHING: Magnum menjalankan pelbagai usaha sejak tahun 2013 dalam membantu golongan pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan cermin mata.

Pengurus Wilayah ENE (Timur Malaysia) Sdn Bhd, Liew Kee Chuan berkata sejak tiga tahun lalu pihaknya sudah membantu 700 pelajar yang mempunyai masalah penglihatan untuk mendapatkan cermin mata.

“Kita mahu membantu sekolah-sekolah peringkat rendah dan menengah secara berterusan dan tahun ini kita meletakkan sasaran seramai 300 pelajar bagi peringkat pertama dan 500 pada peringkat kedua.

“Banyak usaha kita jalankan antaranya menjual biskut, acara zumba dan sekarang kita usahakan menjalankan ‘2016 6km Run’ pada 7 Ogos selain zumba yang dijalankan seluruh negeri,” katanya pada sidang media semalam.

ENE juga menjalankan zumba di Sibu minggu ini, Miri dan penghujung bulan di Bintulu disertai masyarakat setempat dalam usaha me-ngutip dana bagi membantu pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan.

Menurutnya, Magnum hanya diberi RM1,000 dan mendapat tajaan bersama daripada Unilever Network Malaysia dan Singapura bagi menjalankan aktiviti ter-sebut.

Katanya, masyarakat hari ini sudah bijak menilai ke-pentingan menjaga kesihatan diri justeru mengharapkan agar lebih banyak penglibatan golongan pelajar, belia dan keluarga mencapai sasaran 1,000 orang bagi program tersebut.

‘2016 6km Run’ diadakan seawal jam 6.30 pagi bermula di Trinity Hub, Jalan Datuk Tawi Sli terletak berdekatan pusat beli-belah Boulevard dengan caj yuran peserta RM50 seorang.

Bagaimanapun, setiap peserta diberi baju-T dan ‘Fini-sher’ dan borang pendaftaran boleh diambil di Pejabat Negeri ENE di No.25 Jalan P. Ramlee (berdekatan Wisma Hopoh), pekarangan MBKS petang Khamis oleh City Jogger’s Club, Boulevard Shopping Mall (setiap Sabtu dan Ahad, 11 pagi hingga 9 malam) dan semua premis Magnum Ku-ching sebelum 26 Julai ini.

Setakat ini, seramai 260 murid-murid dari sekolah SK Sentosa, Sibu, SK Tanjung Batu, Bintulu dan SK Bobak Sejinjang memanfaatkan cermin mata daripada program tersebut.

Turut hadir Ketua Negara Unilever Malaysia dan Singa-pura, Andrew Tan.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/12/700-pelajar-dapat-manfaat-daripada-inisiatif-bantuan-cermin-mata-magnum/