6 individu cemerlang terima Anugerah Merdeka 2015

PENERIMA Anugerah Merdeka 2015 (dari kiri) Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood; Felo Penyelidik Ekologi dan Biodiversiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emiritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad; Pemilik dan Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohd Ali Hashim; Naib Presiden Pusat Perlindungan Hidupan Liar di New York, Dr Elizabeth Lesley Bennett; Penasihat Sains Kepada Perdana Menteri, Prof Emiritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid dan Pakar Mikrobiologi, Biologi Molekul dan Bioteknologi, Prof Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood antara enam individu cemerlang yang menerima Anugerah Merdeka 2015, malam tadi.

Dr Jemilah menerima anugerah dalam kategori Pendidikan dan Komuniti berasaskan sumbangannya sebagai pengasas Mercy Malaysia serta peranan sebagai sukarelawan untuk membantu golongan yang memerlukan di dalam dan luar negara.

Lima penerima lain, Penasihat Sains Kepada Perdana Menteri, Prof Emiritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid (Alam Sekitar); Felo Penyelidik Ekologi dan Biodiversiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emiritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad (Alam Sekitar) dan Pakar Mikrobiologi, Biologi Molekul dan Bioteknologi, Prof Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff (Kesihatan, Sains dan Teknologi).

Selain itu, Pemilik dan Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohd Ali Hashim (Akademik) serta Naib Presiden Pusat Perlindungan Hidupan Liar di New York, Dr Elizabeth Lesley Bennett (Sumbangan Untuk Rakyat Malaysia).

Dengan pengiktirafan itu, mereka menerima trofi Anugerah Merdeka dan wang tunai sebanyak RM500,000.

Anugerah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Penaung Diraja Amanah Anugerah Merdeka di Dewan Filharmonik PETRONAS, di sini

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Sejak pembentukannya pada tahun 2007, Anugerah Merdeka mengiktiraf 34 individu dan dua organisasi cemerlang, masing-masing bergerak sebagai model contoh untuk diteladani generasi pasca Merdeka.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2015/12/10/6-individu-cemerlang-terima-anugerah-merdeka-2015/